Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Zahidi Sertai PKR Direstui Anwar, Tubuh 400 Ranting Di Perlis

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin mengisytiharkan secara rasmi menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), pada Ahad.

Memetik laporan FMT, pada masa sama, beliau yang juga bekas Timbalan Menteri UMNO turut mengumumkan penubuhan 400 cawangan PKR di seluruh Perlis.

Foto: Carian Google

“Hari ini secara rasmi saya isytiharkan diri menyertai PKR dan pada masa yang sama menubuhkan 400 cawangan PKR di seluruh Perlis,” katanya pada sidang akhbar selepas program Himpunan Madani Padang Besar semalam.

Lebih 400 orang menghadiri perhimpunan itu yang turut dihadiri Datuk Romli Ishak yang merupakan Setiausaha Politik Kanan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Zahidi berkata, langkahnya menyertai PKR dan menubuhkan 400 cawangan PKR itu telah mendapat restu daripada Anwar.

Foto: Carian Google

Menurutnya, dengan penubuhan 400 cawangan PKR itu, beberapa ketua cawangan akan dilantik termasuk dalam kalangan mereka yang menghadiri perhimpunan hari ini.

Menurut laporan Utusan Malaysia pula, pada Pilihan Raya Umum ke-15, Zahidi digugurkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Padang Besar, namun bertanding sebagai bebas menjadikan keahliannya dalam UMNO turut gugur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau tumpas di kawasan Parlimen berkenaan termasuk di DUN Titi Tinggi.

VIDEO] 'Saya masuk PH bukan nak jadi ketua' - Sinar Harian

Foto: Sinar Harian

Menurut Zahidi juga, sejak Perikatan Nasional (PN) mentadbir Perlis, tiada sebarang perubahan dilaksanakan khususnya dalam menjana pendapatan negeri.

“Jika saya berada dalam PKR, saya masih boleh meneruskan kerjasama antara PKR dan UMNO. Sekarang pun PKR dan UMNO mempunyai hubungan yang rapat dan bekerjasama dalam PH,” ujarnya.

Sumber: FMT, Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Sosial

Imam 3 Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, Muhammad Adhan Adnan meletakkan jawatan susulan penularan video menunjukkan setiausaha masjid menonton kandungan lucah di pejabat masjid. Imam...

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Nasional

Persoalan sama ada waris individu Islam yang meninggal dunia perlu melunaskan tunggakan cukai pendapatan akhirnya terjawab. JawatanKuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd