Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Jenazah Dah Dalam Liang Lahad, Tapi Pihak Masjid Didakwa Tuntut RM1,400

Jenazah seorang lelaki didakwa terpaksa dibiarkan di dalam liang lahad selama kira-kira sejam 20 minit sebelum dikebumikan selepas pengurusan sebuah masjid di Kampung Pandan, Ampang dipercayai menuntut bayaran RM1,400 bagi urusan pengendalian jenazah.

Menurut laporan Utusan, difahamkan kelewatan itu berlaku selepas permit pengebumian yang sepatutnya diserahkan kepada waris didakwa ditahan oleh pihak pengurusan masjid susulan keluarga enggan menjelaskan bayaran berkenaan.

Dakwaan itu tular menerusi satu hantaran di Facebook milik Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Wan Cai.

Dalam ruangan komen hantaran tersebut, seorang pengguna Facebook menggunakan nama ‘Panorama Berduri’ mendakwa kejadian bermula apabila bapa kepada arwah, yang merupakan ahli Badan Kebajikan Silaturrahim (BKS), meminta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menguruskan jenazah anaknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bapa arwah minta BKS untuk uruskan jenazah anak. BKS sudah uruskan pengambilan jenazah di Hospital Ampang, memandikan dan solat jenazah.
“Selepas selesai urusan tersebut, bapa arwah minta Borang Kebenaran Pengkebumian Jenazah Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kepada pihak pengurusan masjid, kemudiannya mereka menyatakan akan caj waris sebanyak RM1,400.00 untuk urusan jenazah,” dakwanya.

Menurut pengguna itu lagi, bapa arwah menolak tuntutan berkenaan dan memaklumkan hanya BKS akan menguruskan pengebumian jenazah anaknya.

Susulan itu, ahli keluarga meminta BKS membawa jenazah ke Tanah Perkuburan Ukay Perdana, namun usaha tersebut didakwa dihalang pihak polis selepas menerima aduan daripada pengurusan masjid.

“Sehinggalah ahli waris keluarga arwah terpaksa tunggu lebih satu jam. Selepas pihak pengurusan masjid datang, barulah polis, penyelia kubur benarkan BKS meneruskan pengebumian jenazah,” dakwanya lagi.

Sementara itu, Wan Cai ketika dihubungi berkata, beliau telah mendapatkan penjelasan daripada pihak BKS mengenai kejadian itu dan menasihatkan NGO berkenaan bersama ahli keluarga membuat laporan polis.

Menurutnya, urusan pengebumian jenazah sepatutnya diberi keutamaan terlebih dahulu, tanpa mengira sebarang pertikaian yang timbul.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jadi, sepatutnya walaupun ada pertikaian, jenazah sudah masuk dalam liang lahad, terus kebumikan dahululah, kenapa arwah pula kena jadi mangsa. Kita yang hidup kena selesaikan.
“Tadi saya sudah berbincang dan minta BKS serta ahli keluarga buat laporan polis. BKS beritahu perkara sebegini sudah banyak kali terjadi dan pernah membuat aduan kepada pihak berwajib, tetapi tiada respond dan disebabkan itu kali ini insiden itu dimuat naik dalam sosial,” tegasnya.

Sumber: Utusan (Mohamad Athir Ismail)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd