Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Rasuah PTD: Tiada Sesiapa Tuntut! 23 Jam Mewah, 15 Barang Kemas Diisytihar Harta Kerajaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya melucut hak sebanyak 23 utas jam tangan mewah jenama Rolex dan 15 barang kemas yang disita daripada adik ipar bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, Nor Shahira Atirah Anuar @ Kamaruddin, selepas Mahkamah Sesyen hari ini memerintahkan harta berkenaan menjadi milik kerajaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat berkata, perintah itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen, Rosli Ahmad selepas tiada pihak ketiga hadir ke mahkamah untuk menuntut harta yang disita.

“Mahkamah telah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak harta itu, namun tiada pihak ketiga hadir ke mahkamah untuk menuntut harta tersebut,” katanya selepas prosiding sebutan kes hari ini yang ditetapkan bagi kehadiran pihak ketiga.

Peguam Muhammad Kausar Mohd Khairi yang mewakili Nor Shahira Atirah turut mengesahkan keputusan mahkamah itu.

Sebelum ini, SPRM memohon perintah mahkamah untuk menyiarkan warta bagi memanggil mana-mana individu yang mempunyai kepentingan terhadap harta berkenaan supaya hadir ke mahkamah mengikut Seksyen 41(2) Akta SPRM 2009.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada 4 Mei lalu, pendakwa raya memfailkan notis terhadap Nor Shahira Atirah bagi memohon supaya 23 utas jam tangan mewah dan 15 barang kemas yang disita daripadanya dilucutkan hak kepada kerajaan.

Permohonan itu dibuat selepas pendakwa raya berpuas hati harta alih yang disita oleh SPRM boleh dilucutkan hak di bawah Seksyen 41(1) Akta SPRM yang dibaca bersama Seksyen 376 Kanun Tatacara Jenayah, meskipun tiada pendakwaan jenayah dibuat di bawah akta berkenaan.

Menurut pemohon, harta tersebut dipercayai diperoleh hasil daripada atau mempunyai kaitan dengan suatu kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Petarung Muay Thai negara, Rifdean Masdor membuktikan bahawa kemenangan terbesar bukan sekadar menewaskan lawan di gelanggang, sebaliknya mengatasi cabaran dalam dirinya sendiri. Atlet berusia...

Nasional

Seramai 4,300 usahawan di negeri ini menerima manfaat pembiayaan hampir RM100 juta yang diluluskan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi membantu mengembangkan perniagaan...

Sosial

Hasrat seorang wanita untuk bergelar isteri hanya tinggal tujuh hari lagi bertukar tragedi pilu apabila beliau bersama adiknya maut dalam kemalangan jalan raya di...

Sukan

Pelari utama negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi terus membuktikan statusnya sebagai raja pecut negara apabila menjuarai acara 100 meter lelaki pada Kejohanan Olahraga Terbuka...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd