WTF
YouTuber Dicekup Polis, Padah ‘Prank’ Agih Daging Korban Berisi Sampah-Sarap!

Menyembelih haiwan korban pada hari raya Adha (10 – 13 Zulhijjah) adalah satu ibadah kepada Allah SWT bagi sesiapa yang memiliki kemampuan melakukannya. Daging korban tersebut kemudiannya disedekahkan ataupun dibahagikan mengikut hasrat individu yang melaksanakan ibadah korban.
Di Indonesia, seorang Youtuber telah menaikkan kemarahan para netizen dengan membuat content yang diklasifikasikan sebagai penganiayaan dan khianat. Walaupun dikatakan sebagai sekadar prank ataupun gurauan, perlakuan seperti ini sewajarnya tidak dilakukan serta harus kena dengan tempat dan situasi.
Agih daging korban, ternyata hanya sampah!
Video tersebut telah memaparkan seorang YouTuber Indonesia yang dikenali sebagai Edo Putra dan seorang rakannya, mengaihkan daging korban kepada jiran tetangga dalam bungkusan plastik hitam.
Ternyata, plastik hitam berkenaan hanyalah berisikan sampah-sarap bukannya 5 Kg daging korban seperti yang dikatakan.
Melanggar etika kesopanan…
Menerusi laporan media tempatan Indonesia, Edo Putra dan juga rakannya itu telah ditahan oleh pihak berkuasa negara itu susulan video prank menyerahkan daging korban yang sebenarnya sampah kepada orang ramai.
Mereka didakwa melanggar Artikel 14 Kanun Jenayah Membuat Berita Palsu dan Masalah dalam Komuniti. Kandungan video itu juga didakwa melanggar etika kesopanan.
Bahkan, jika didapati bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun. Walau bagaimanapun, video tersebut masih lagi belum dipadam daripada saluran YouTube miliknya. Sudah tentunya, video tersebut mendapat jumlah dislikes yang banyak berbanding tanda suka.

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit