Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Wayang Pacak Filem Seram Di Kubur, Kerusi Kosong Untuk Siapa?

Satu acara tayangan filem seram diadakan di sebuah kawasan perkuburan Cina di wilayah Nakhon Ratchasima dengan beratus-ratus kerusi kosong disusun, dipercayai untuk kegunaan roh si mati.

Memetik artikel Thaiger, acara itu diadakan oleh Yayasan Sawang Metta Thammasathan untuk mengetengahkan amalan kebudayaan dan kepercayaan penduduk Thailand.

Menurut pemilik wayang pacak itu, Yanawut Chakrawattisawang, pada awalnya dia berasa takut untuk menerima projek tersebut. Ini kerana dia kebiasaannya menerima permintaan tayangan filem di kampung-kampung.

Namun, Yanawut menyifatkan pengalaman tersebut sebagai unik dan positif kerana ia adalah pertama kali dia perlu menyediakan hiburan kepada entiti bukan manusia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Thaiger

“Saya tidak berada di situ sepanjang filem ditayangkan kerana saya berasa takut. Saya pulang ke rumah dan hanya kembali ke situ pada tengah malam selepas tayangan filem tamat,” katanya.

Dalam pada itu, acara berkenaan telah berlangsung dari 2 hingga 6 Jun yang lalu, dimana setiap filem ditayangkan dari pukul 7 malam (waktu tempatan) hingga tengah malam.

Manakala, pada pukul 6 petang (waktu tempatan), kakitangan penganjur menyiapkan peralatan dengan dihadiri oleh 10 penunjung. Namun, ketika hari semakin gelap, keadaan di kawasan perkuburan yang menempatkan  2,800 kubur itu bertukar seram.

Jumlah penonton berkurangan sehingga hanya tinggal beberapa kakitangan yayasan sahaja. Deretan kerusi kosong menambahkan lagi suasana seram berhampiran tapak pembakaran mayat ketika api yang marak masih menyala.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Thaiger

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd