Connect with us

Inspirasi

Wanita Kongsi Pengalaman, Disahkan Menghidap Kanser Payudara Semasa Hamil 5 Bulan

Kanser payudara adalah boleh dikategorikan sebuah mimpi ngeri bagi setiap wanita. Kanser ini bukan merbahaya, malah dapat mragut nyawa penghidapnya dan hanya mereka yang bernasib baik sahaja yang mempu bertahan serta pulih dari kanser ini.

Seorang wanita telah berkongsikan dan memuat naik kisah hidupnya yang terdahulunya merupakan seorang penghidap barah payudara. Posting itu telah dimuatnaik dalam sebuah group dilaman Facebook dan telah meraih hampir 49,000 reaksi daripada warga netizen.

Tak selesa dengan benjolan dipayudaraser …

Kejadian ini telah berlaku hampir empat tahun lepas semasa kandungannya sedang mencecah bulan yang ke 5. Pada mulanya dia berasa sangat tidak selesa pada ketulan pada payudaranya dan terus mendapatkan pandangan doktor pakar.

Kanser sudah berada ditahap ketiga

Setelah menjalani beberapa pemeriksaan daripada doktor, amat mengejutkan apabila dia diberitahu bahawa dirinya telah menghidapi kanser payudara peringkat ketiga. Semasa dalam tempoh kehamilan, dia telah menjalani pelbagai rawatan termasuk kimoterapi.

 

Kecewa sebab ramai yang padang pelik melihat dirinya!

Semasa dalam tempoh kehamilan, dia tidak pernah meninggalkan sebarang rawatan yang perlu dijalani. Disebabkan kesan sampingan rawatan kimoterapi, dia telah mengalami keguguran rambut yang teruk yang menyebabkan kepalanya menjadi botak.

 

Selepas dua sesi rawatan kimoterapi berkenaan, dia akhirnya berjaya melahirkan anak perempuannya pada minggu ke 36. Namun, setelah itu doktor melaporkan bahawa sel kansernya sudah semakin merebak.

Tak putus asa, akhirnya sembuh!

Mujurah, dia tetap meneruskan dan mehabiskan rawatan yang telah dicadangkan oleh pakar kepadanya. Doktor sangat berpuas hati dengan kondisi dirinya dan kini, sudah empat tahun perkara itu berlalu, dia dan anaknya masih lagi sihat seperti biasa.

Wanita ini berharap agar dengan berkongsikan kisahnya ini, dapat menyebarkan tenaga positif terhadap para pesakit ataupun penghidap kanser.

Semoga kisah ini memberikan inspirasi dan kekuatan kepada wanita-wanita yang menghidapi situasi yang sama seperti wanita ini. Dinasihatkan juga agar tidak mengambil mudah terhadap penyakit kanser ini, dan segera dapatkan nasihat doktor jika ada sesuatu yang tidak kena pada diri sendiri.

Sumber: World Of Buzz.

Continue Reading
Advertisement

Trending