Inspirasi
Wajah ‘Hero’ Kreatif Di Dinding, Agong Berkenan Lawat Mural Pemimpin Negara

Beberapa minggu lepas, lukisan mural memperlihatkan wajah-wajah hero negara dalam melawan pendemik ketika ini yang dilukis didinding bangunan di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di Shah Alam, Selangor telah tular dimedia sosial.
Hasil kreatif Muhammad Suhaimi bin Ali, Muhamad Firdaus bin Nordin dan Abdul Hadi bin Ramli telah berjaya mencuri perhatian warganet kerana mural tersebut adalah sebagai rasa terima kasih mereka kepada barisan hadapan negara.
Agong melawat mural potret2 pemimpin negara
Oleh sebab itu, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan mencemar duli berangkat melawat mural gergasi memaparkan potret-potret pemimpin negara, termasuk potret Baginda.
Hal ini dinyatakan menerusi hantaran di Instagram rasmi Istana Negara siang tadi. Turut berangkat sama adalah KDYMM Raja Permaisuri Agong dan anakanda-anakanda Baginda.
Dapat penghargaan
Menerusi maklumat yang disampaikan pihak sumber, KDYMM Baginda Agong telah meluangkan masa kira-kira 30 minit melihat hasil kreatif pemuda-pemuda tersebut dan turut sempat beramah mesra dengan merea disamping mengurniakan surat penghargaan, cenderakenangan dan sumbangan peribadi kepada ketiga-tiga pelukis tersebut.
Sumber: Istana Negara

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit