Connect with us

Inspirasi

Wajah Gembira Frontliner! Bergambar Kenangan Sebelum Wad Ditutup

Barisan hadapan negara terutama petugas perubatan pasti menarik nafas lega apabila mengetahui bilangan pesakit Covid-19 yang disahkan pulih semakin meningkat setiap hari.

Namun kejayaan itu tidak berhasil sekiranya tanpa kerjasama antara pasukan yang sentiasa bertungkus lumus mengorbankan masa serta tenaga ketika merawat pesakit.

Mungkin itu dirasai seorang ‘frontliner’, Nor Farahana dimana sempat merakam gambar bersama rakan setugas untuk dijadikan sebagai kenangan setelah wad yang menempatkan pesakit sebelum ini akan ditutup.

“Tepek kenangan sini. Boleh ‘throwback’ lepas ni. Tutup dah wad. Biu biu sepmung,” tulisnya dalam loghat Terengganu.

Menerusi gambar yang dikongsi, jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka selepas melalui pelbagai rintangan dan kerenah pesakit sepanjang berminggu-minggu dirawat di hospital.

Posting berkenaan dipenuhi komen positif rakan dan kenalannya yang mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih atas perkhidmatan cemerlang semua ‘frontliner’.

Terima kasih semua!

“Tutup dah sebab kes dah kurang”

Tahniah semua hero kami

Syukur Ya Allah!

Sumber : Nor Farahana

Continue Reading
Advertisement

Trending