Connect with us

WOW

Vegetarian ‘Sellotape’ Mulut Di Pasaraya, “Merusuh” Dan Menghalang Orang Ramai Membeli Daging

Sejak kebelakangan ini, kebanyakan akivis golongan vegetarian diluar negara dikatakan telah membuat satu gerakan dan protes yang melampau terhadap orang yang bukan vagen. Untuk maklumat, gerakan mengatakan bahawa mereka adalah golongan yang membela kekejaman terhadap haiwan dan memakan sayuran sahaja.

Terbaharu dilaporkan, segelintar golongan vagen ini telah membuat kecoh di sebuah pasar raya. Mereka telah menghalang orang ramai membeli daging dengan menutup mulut mereka dengan sellotape dibahagian penjualan daging mentah.

Pakai baju warna hitam, pegang spanduk

Mereka ini dilihat memakai pakaian seragam berwarna hitam dan dikatakan berdiri sambil memegang spaduk ditangan. Spanduk tersebut bertulis dengan perkataan silent protest.

“Meratapi pengorbanan mangsa..”

Jelas salah seorang aktivis vagen ini, mereka hanya menjalankan ingin tanggungjawab dengan ‘meratapi’ mangsa perdagangan daging ini dengan cara yang aman. Mereka juga turut memberikan bunga berwarna putih kepada setiap pengujung di pasaraya berkenaan

Perasaan bercampur baur

Pelanggan yang datang ke pasaraya berkenaan menyatakan bahawa perasaan mereka sangat bercampur baur ketika melihat golongan ini membuat protes sedemikin.

Ada sebahagian pelanggan yang menerimanya dengan hati yang terbuka, malah ada juga yang bertindak kurang ajar dan membeli daging tanpa rasa menghiraukan mereka.

Setiap individu mempunyai hak dan pegangan mereka yang tersendiri. Oleh itu, disarankan agar setiap orang menghormati keputusan dan pegangan yang telah dibuat oleh hidup mereka tanpa meninggalkan sebarang judgemental kepadanya.

Sumber: Elite Readers.

Continue Reading
Advertisement

Trending