Sosial
Siap Ada Tarian Singa, Majlis Resepsi Pengantin Melayu Ini Jadi Perhatian Orang Ramai

Tampil dengan majlis perkahwinan yang unik dengan bertemakan pelbagai unsur budaya, pasangan suami isteri iaitu Fikri dan Fyza yang diadakan di Persatuan Buddha Tawau, Sabah pada 11 Julai yang lalu telah berjaya menarik perhatian netizen.
Menerusi perkongsian di Facebook persatuan tersebut, pasangan sama cantik sama padan itu telah memilih untuk memakai set lengkap busana perkahwinan tradisional Cina iaitu qipao dan sut tang merah terang ketika menuju ke pelamin mereka sambil diiringi dengan tarian singa.
Apa yang lebih menarik, selain tema budaya Cina, pasangan itu juga menetapkan tema pelamin bersanding mereka serba putih dengan dihiasi bunga-bunga berwarna putih sebagai tanda yang menunjukkan budaya orang Melayu.
Difahamkan, mereka mengadakan majlis perkahwinan pelbagai budaya ini disebabkan mempunyai rakan berbangsa Cina sejak kecil lagi malah, nenek salah seorang pengantin itu juga berketurunan Cina.
Menurut laporan China Press, meskipun dilahirkan dan dibesarkan dalam persekitaran budaya Melayu, ia tidak bermaksud mereka lupa akan keunikkan budaya Cina dengan mempersembahkan tarian singa ketika majlis perkahwinan mereka.
“Semua orang terkejut kerana jarang sekali dapat melihat persembahan tarian singa di majlis perkahwinan orang Melayu. Bagaimanapun, saya percaya kita mampu menerima budaya masing-masing, tiada yang mustahil,” jelasnya.
Bagaimanapun, Fikri dan Fyza berharap majlis perkahwinan yang dilakukan oleh mereka itu dapat membuka mata orang ramai di luar sana dimana kita semua perlu menghormati dan menerima kepelbagaian budaya di Malaysia yang berbilang kaum.
-
Buzz4 weeks lepas
Ghairah Cium Bakal Isteri, Lelaki Ini Ditampar Ketika Majlis Pertunangan
-
Semasa4 weeks lepas
Terus Masuk Ke Akaun Peribadi, Cara Pengurusan Wang Sumbangan Uncle Kentang Dipertikai
-
Buzz4 weeks lepas
Doktor Pakar Bius Kantoi Masukkan Kemaluan Dalam Mulut Pesakit Ketika Pembedahan Czer Berlangsung
-
Berita1 month lepas
Buang Gaya Hidup, Sedia Hadapi Kemelesetan Ekonomi, Wartawan Senior Saran Simpan RM400 Mulai Sekarang
-
Berita1 month lepas
Berlambak Dijual Di Golok, Thailand, Penyeludup Minyak Masak Subsidi Kaya Raya
-
Hiburan1 month lepas
Pemuda Ini Belanja Tiket Filem Mat Kilau Untuk Anak Tahfiz, Satu Panggung Penuh Dengan Kopiah Putih!
-
Hiburan1 month lepas
Nas Daily Kantoi Maki “Fu*k Israel, Kali Ini Sempat Dirakam Kamera
-
Berita4 weeks lepas
Fenomena ‘Supermoon’ Dijangka Akan Berlaku Jam 5.09 Petang Ini
Facebook Comments