Connect with us

Inspirasi

Uncang Teh Ini Umpana Hidup Dalam Cawan

Menikmati secangkir teh selepas sibuk dengan tugasan harian dapat memberi satu perasaan yang mendamaikan. Tambahan lagi, teh pula dijual dalam pelbagai pilihan perisa yang sesuai dengan citarasa setiap individu.

Kini, anda bukan sahaja dapat menikmati secawan teh berperisa kegemaran, tetapi uncang teh ini juga didatangkan dengan design yang sangat unik dan berbeza dari uncang yang biasa.

Teh Uncang Lautan.

Sebuah syarikat di Jepun telah menginovasikan uncang teh biasa, menjadi uncang teh yang sangat comel. Pastinya ini bakal membuatkan anda menginginkan secawan teh yang enak.

Ibarat berenang dalam cawan!

Jenama teh Ocean Teabag ini telah berkejasama dengan beberapa buah kedai yang ‘unik’, seperti kedai buku Village Vanguard di Jepun, dan bercadang untuk mencipta beg teh uncang yang bertemakan haiwan lain pula.

Apabila uncang teh ini direndam dalam cawan, ia seakan-akan berenang dan hidup!

Perisa teh turut disamakan dengan design!

Bukan setakat mncipta beg uncang yang pelbagai dan unik, tetapi perisa teh turut disesuaikan dengan ‘haiwan’ yang tersebut.

Contoh, uncang berbentuk sotong merupakan adalah teh hitam Pu’er yang diinspirasikan dari dakwat sotong. Manakla, sotong kurita pula adalah teh berperisa pisang kaki manis.

Banyak lagi pilihan menarik dan comel!

Pebagai design yang telah dihasilkan yang pasti membuatkan anda geram melihatnya. Teh uncang ini dijual dalam dengan harga 1,829 Yen (Rm66.42)

Maklumat tambahan, orang Jepun mengamalkan teh kosong setiap hari untuk kesihatan mereka. Oleh itu, tidak pelik kalau mereka dapat menghasilkan sesuatu yang sangat unik untuk digunakan dalam hidupan seharian mereka.

Teh uncang ini sudah pastinya sangat insta worthty bagi Instagrammer di luar sana.

Sumber: Bored Panda.

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending