Infozon
Ukuran sebenar beg kabin AirAsia yang boleh masuk pesawat

AirAsia boleh dikatakan syarikat penerbangan yang paling popular, bukan sahaja di kalangan rakyat Malaysia, bah kan di kalangan negara-negara lain di Asia Tenggara.
Meski pun sering dilabel sebagai syarikat penerbangan yang kapitalis kerana taktik pemasaran mereka yang licik menyembunyikan kos dan harga pada tiket, namun hakikatnya, AirAsia merupakan sebuah syarikat penerbangan yang paling ‘sporting’ sebelum ini.
Sehinggalah pada awal minggu ini kecoh di laman media sosial mengenai penguatkuasaan berat beg yang boleh dibawa sebagai beg kabinketika menaiki penerbangan AirAsia.
Ramai yang mencemuh tindakan AirAsia ini terutamanya di kalangan penumpang yang membawa beg kembara yang bersaiz besar sebagai beg kabin bagi mengelakkan membayar caj bagasi.
Berikutan isu ini, AirAsia menasihatkan para penumpang supaya menimbang dan mengukur beg mereka sebelum menaiki kapal terbang.
Oleh itu AirAsia ada mengeluarkan makluman saiz yang dibenarkan untuk cabin baggage iaitu hanya satu beg sahaja boleh dibawa dan ukurannya adalah tinggi 56 sentimeter dan lebar sebanyak 36 sentimeter (seperti di dalam gambar).
Selain itu para penumpang juga dibenarkan membawa satu beg tambahan seperti beg laptop, beg tangan, beg sandang atau beg kecil yang tidak melebihi 40 sentimeter x 30 sentimeter x 10 sentimeter dan muat untuk diletakkan di bahagian bawah tempat duduk hadapan.
Bagi melancarkan perjalanan dan lebih penjimat, AirAsia turut menasihatkan para penumpang untuk menempah bagasi yang hendak didaftar masuk terlebih dahulu.

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi12 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit