Infozon
Ujian Bulan Ramadan, Rumah Terbakar Sekeluarga Tinggal Sehelai Sepinggang!

Keimanan seseorang teruji di bulan Ramadan terutamanya apabila mereka ini diduga dengan kehilangan insan tersayang dan harta benda. Namun, manusia terutamanya umat islam disarankan untuk tidak mempersoalkan takdir yang sudah tertulis dan meratapi setiap kehilangan tersebut.
Di Facebook, salah seorang pengguna laman tersebut berkongsikan musibah yang menimpa keluarganya pada bulan Ramadan ini. Keluarga tersebut dikatakan tinggal sehelai sepinggang akibat kebakaran rumah yang berlaku di Kampung Dendang, Jerangau di Terangganu.
Sesiapa yang ada baju2 tak pakai, bolehlah derma
Lebih menyedihkan, keluarga ini tidak dapat menyelamatkan sebarang baju, dokumen penting dan memang tinggal sehelai sepinggang. Oleh itu, ramai yang dimohon untuk menghulurkan sumbangan dari pelbagai jenis bentuk bantuan.
Semua tak dapat nak diselamatkan
Malah, jika sesiapa yang mempunyai baju lama dan tidak digunakan lagi, bolehlah menderma serta sumbangkan pakaian tersebut kepada keluarga ini. Beberapa keping gambar yang memaparkan rumah ini sedang terbakar juga turut dimuat naik sekali.
Diharapkan keluarga ini bersabar dengan musibah yang menimpa diri mereka. Setiap musibah yang berlaku pasti terselit hikmah dan ganjaran yang tidak disangka-sangka.
Namun, punca kejadian dan kebakaran rumah ini masih lagi belum diketahui. Maklumat lanjut bakal menyusul.
Sumber: Facebook.

-
WOW1 year ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi1 year ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit