Connect with us

Infozon

Tular Mengemis Makanan, Jurutera Kargo Rusia Diselamatkan Polis Temerloh

Semalam salah seorang pengguna laman Facebook, memuat beberapa keping gambar yang memaparkan seorang pelancong asing terduduk sambil merayu dihulurkan makanan terhadapnya.

Pelancong asing berkenaan dikatakan terkandas di Temerloh dan duduk dihadapan pintu masuk makanan segera sambil memengang┬ápotongan kotak yang tertulis “I can’t go home and have no money.I need a food (Saya tidak boleh pulang dan tiada duit (saya lapar).

Diselamatkan oleh polis Temerloh

Setelah tularnya berita mengenai lelaki berkenaan, polis tempatan bertindak menyelamatkan lelaki berkenaan yang ditemui berlegar-legar di hadapan Pasaraya TMJ Temerloh. Rupa-rupanya, pelancong berkenaan merupakan seorang jurutera kargo dari Rusia .

 

Jelas pihak berkuasa tempatan, dia berusaha untuk pulang ke Rusia namun tiket penerbangannya dibatalkan dan telah gagal menghubungi dua rakannya.

Ujian saring COVID-19 dilakukan!

Dia kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Tanjung Lalang untuk menjalani ujian saringan kesihatan COVID-19 dan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Temerloh untuk tindakan lanjut.

Gambar pelancong berkenaan bersama netizen

Malah, kedutaan Rusia juga telah dihubungi dan pihak polis sedang berusaha menguruskan penghantaran jurutera itu ke pihak kedutaan di Kuala Lumpur sebelum dihantar pulang ke Rusia.

Sumber: Sinar Harian.

Continue Reading
Advertisement

Trending