Connect with us

Inspirasi

Tular Foto ‘Rider’ Berkaki Palsu, Rupanya Buat 4 Kerja Demi Sara Hidup

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Itulah yang sesuai digambarkan dengan pemuda ‘berkaki besi’ yang tular di media sosial baru-baru ini kerana kegigihannya bekerja sebagai ‘rider’.

Tidak putus asa

Memetik laporan mStar Online, pemuda berkenaan yang dikenali sebagai Danial Asyraf Roslan merupakan orang kelainan upaya (OKU) yang memakai kaki palsu dan melakukan penghantaran di sekitar Melaka.

Walaupun berdepan episod ngeri dalam hidup apabila terlibat kemalangan pada 2017 sehingga terpaksa menyebabkan kaki kanannya dipotong, pemuda 22 tahun itu bersyukur mendapat sokongan keluarga untuk meneruskan kehidupan.

“Pada mulanya agak sukar untuk saya meneruskan kehidupan. Tapi saya bersyukur kerana sokongan keluarga memberi semangat untuk bangkit semula,” katanya.

 Bukan satu tapi empat kerja

Apa yang menarik perhatian, anak bongsu daripada empat beradik itu sentiasa berfikir ke hadapan dan berdikari dalam mencari rezeki sendiri tanpa mengharapkan belas ihsan orang lain.

Biarpun kekurangan dari segi fizikal, Danial tekad melakukan empat kerja dalam satu masa mengikut permintaan semasa.

Selain daripada menghantar barang, dia turut membuat kerja penghantaran secara sambilan untuk sebuah restoran.

“Pada masa sama, saya buat part time delivery untuk kakak saya yang berniaga susu. Saya juga sedia khidmat runner kepada sesiapa yang memerlukan khidmat penghantaran saya.
“Kiranya ada empat kerja dalam satu masa. Tapi semuanya bergantung rezeki daripada Tuhan. Kalau tak ada yang ini mungkin ada yang itu,” tambahnya.

Terdahulu, gambar Danial tular di laman Facebook menerusi akaun Sepet Vtec yang mendapat ratusan perkongsian dan komen netizen yang memuji kegigihan pemuda tersebut dalam mencari rezeki.

Masa driving arituSetan datang bisik telinga..Setan ulang cakap..KO malasKO penatKO bosanBalik umah tidur…

Posted by Sepet Vtec on Thursday, October 1, 2020

Bukan senang nak cari rezeki zaman sekarang ni, respek semangat brader ni tak putus asa! Semoga terus cekal mencari rezeki untuk menyara diri sendiri dan keluarga.

Sumber: mStar Online (Iwan Shu-Aswad Shuaib) , Sepet Vtec

Continue Reading
Advertisement

Trending