Inspirasi
Tukang Gunting Buat Kerja Amal, Potong Rambut Berpuluh2 Gelandangan Secara Percuma

Seorang penggaya rambut telah menawarkan diri untuk menggunting rambut secara percuma kepada gelandangan yang ditempatkan di Kompleks Masyarakat Penyayang ketika Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan.
Lawatan dibuat media tempatan mendapati gelandangan sedang beratur untuk memotong rambut yang dilakukan oleh penggaya rambut, Calvin Ch’ng Soon Kok.
Lelaki berusia 46 tahun itu bekerja di sebuah salon Tanjong Tokong memulakan kerja amal tersebut pada pukul 10 pagi dan akan memotong rambut seramai 40 orang gelandangan.
Dia berkata hanya dia seorang sahaja penggaya rambut yang menawarkan diri apabila Persatuan Merit Buddha Tzu Chi Malaysia menelefon tukang gunting rambut dan penggaya rambut untuk melakukan kerja amal.
“Kebanyakan mereka (tukang gunting dan penggaya rambut) risau tentang pandemik Covid-19 namun apabila persatuan tersebut mengatakan ia selamat untuk saya, saya tidak kisah melakukan kerja amal itu,” ujarnya.
Pesuruhjaya Persatuan Merit Buddha Tzu Chi Malaysia, Khoo Boo Leong berkata dengan memberi potongan rambut baru, ia dapat memberi rasa gembira dan keyakinan kepada mereka.
“Saya lihat ada diantara mereka yang menangis kerana gembira selepas gunting rambut. Walaupun hanya ditempatkan sementara namun kami akan memastikan mereka menjaga tempat itu seperti rumah mereka,” katanya.
Sumber: Malay mail

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit