Connect with us

Inspirasi

Tindakan Pemuzik Perancis Berhentikan Persembahan Demi Hormati Azan, Raih Pujian

Perbezaan kepercayaan tidak menghalang kita untuk tidak menghormati agama lain. Seperti pemuzik jalanan daripada Perancis ini, mereka mendapat pujian ramai kerana berhenti memainkan muzik ketika azan berkumandang.

Majoriti ahlinya bukanlah beragama Islam, pemuzik Perancis itu membuat persembahan di Dataran Taksim, Istanbul, Turkey cukup dikenali oleh pengunjung yang sering datang melihat mereka bermain alat muzik.

Berhenti main alat muzik, hormat azan

Dapat diperhatikan menerusi video yang dikongsikan, pemuzik yang sedang rancak membuat persembahan dengan pantas berkumpul dan memberhentikan persembahan bagi memberi laluan untuk azan dilaungkan di masjid berdekatan.

Orang diEropa masih menghargai Azan, mereka brhenti memainkan alat musik saat Azan berkumandang

Posted by Wan Alf on Friday, November 1, 2019

Dapat pujian ramai…

Dalam kepercayaan Islam, kita digalakan untuk menghormati azan dan menjawab azan bagi yang Muslim. Justeru bagi anggota kumpulan tersebut yang dikenali sebagai, Morgane Wallace berkata, mereka cuba untuk sensitif berkaitan soal keagamaan bandar tersebut.

Oleh itu, mereka sudah mulai faham dengan cara dan adat masyarakat Istanbul yang kebanyakkkannya beragama Islam, dan memang menjadi kebiasaan mereka berhenti memaikan alat muzik setiap kali azan.

Tindakan murni para pemuzik tersebut mendapat pujian ramai, begitu indah jika kita saling hormat-menghormati kepercayaan dan agama lain.

Sumber : Dailay Sabah Istanbul

Continue Reading
Advertisement

Trending