Detik
Tidak Sensitif Dengan Isu Rogol, Timbalan Ketua Polis Negara Teruk ‘Dibelasah’ Netizen Di Twitter

Baru-baru ini telah kecoh di laman sosial media apabila ada seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang telah mendakwa seorang guru disekolahnya telah membuat lawak berkenaan rogol.
Difahamkan yang remaja perempuan berkenaan, Ain Husniza Saiful Nizam sudah pun membuat laporan polis berkaitan perkara tersebut. Lebih mengejutkan lagi, selepas videonya tular, dia dikatakan telah menerima ugutan rogol dari pelajar lelaki dari sekolahnya.
Oleh kerana itu, dia juga telah membuat laporan polis tentang perkara tersebut.
“Mungkin gurauan dari rakan sedarjah yang beliau tidak dapat terima”
Susulan kes terbabit, semalam,Timbalan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani telah membuat satu sidang media berkaitan isu tersebut di Pejabat Kontinjen Selangor di Shah Alam.
Walau bagaimanapun, kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Timbalan KPN ini telah mengundang kemarahan netizen-netizen di Twitter kerana beliau seolah-olah menyifatkan gurauan rogol ini hanyalah gurauan rakan “sedarjah”.
“Pelajar (Ain) berkenaan telah membuat dua laporan polis, pertama beliau membuat berkaitan dengan apa yang beliau rasakan pendekatan guru tersebut tidak begitu proper. Semalam beliau membuat laporan tambahan berkaitan dengan mungkin gurauan dari rakan sedarjahnya yang mungkin beliau tidak dapat terima” katanya.
Video tersebut telah dikongsi oleh seorang pengguna Twitter dan rata-rata ramai yang terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan KPN itu.
Police PC on various things including Ain's police reports (Minutes 9:13 to 10:22)
DIGP refers to the rape threat as "mungkin gurauan rakan sedarjahnya yang beliau tidak boleh terima."https://t.co/sL1DBGhTjU
— Aidila Razak (@aidilarazak) April 26, 2021
Oleh kerana itu, pelbagai respon daripada netizen yang berpendapat bahawa isu rogol ini bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main dan bergurau.
“Budak lelaki tu bergurau nak rogol dia kot, ce bagitau macam mana dia nak terima “joke” tu dengan hati terbuka”
Adakah ini bermaksud saya juga boleh bergurau “ada membawa bom di dalam kapal terbang?”
Dia tak bagi orang “assume” tapi dia boleh? B**** ke?
#CancelTimbalanIGP
Disebabkan sidang media tersebut, di Twitter kini sedang kecoh dengan hashtag #CancelTimbalanIGP sebagai tanda protes yang mereka tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan KPN terbabit.
Sehingga kini hashtag tersebut telah mencapai 15,200 Tweet di Twitter.
Semoga kes ini dapat diselesaikan secara baik dan harus diingatkan bahawa isu “rogol” bukanlah satu isu yang boleh dipandang rendah dan diambil ringan kerana ia melibatkan maruah dan boleh memusnahkan masa depan seseorang.
Sumber: Twitter Aidilarazak

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit