Inspirasi
Tiada Pendapatan Masa PKP, Abang ‘Gym’ Syukur Dapat Kerja Di Pasar Borong

Berikutan pandemik Covid-19, orang ramai disaran supaya tidak memilih pekerjaan dan sentiasa mengambil peluang depan mata untuk menampung perbelanjaan dan keperluan hidup.
Begitu dilakukan seorang jurulatih kecergasan, Chin Jie Xun yang mengambil keputusan bagi menerima tawaran rakannya untuk bekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur sejak sebulan lalu.
Walaupun mengakui pekerjaan tersebut agak sukar yang memerlukan lebih kekuatan, lelaki berusia 34 tahun itu bersyukur apabila memperoleh sekitar RM80 hingga RM100 selama enam jam bekerja dalam masa sehari.
Chin yang tiada sumber pendapatan sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut menasihati mereka yang bekerja di sektor tersebut agar tidak mudah putus asa dan terus berjuang apatah lagi dalam situasi ekonomi yang agak sukar ini.
“Kalau ada kerja yang boleh dilakukan, jadi lakukanlah. Lebih baik daripada tinggal di rumah dan tidur yang tidak akan memberi pendapatan kepada anda,” katanya.
Tonton video penuh :
Sumber : The Star

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit