Connect with us

Infozon

Tiada Istilah Gemuk Air Wujud Dalam Dunia Perubatan, Melainkan dalam ‘Perubatan’ Bani Melayu

Sekiranya anda mencari tentang jenis-jenis gemuk di internet, sudah pasti jenis gemuk air kerap muncul di paparan skrin anda.

Gemuk air sering merujuk kepada masalah lemak yang terkumpul di kawasan sekitar perut sehingga menyebabkan perut kelihatan lebih besar dan buncit berbanding biasa.

Jika lemak yang muncul lebih ketara di sekitar perut, ini mungkin hanyalah kandungan air. Gemuk air lebih cenderung pada bahagian perut. Jadi jika hari ini perut anda kempis, dan esok ia kelihatan buncit, ini mungkin hanya disebabkan air. – Tengku Ismadi

Namun tahukah anda bahawa selama ini, istilah gemuk air telah disalahgunapakai oleh ramai orang, khususnya di kalangan bani Melayu yang menganggap punca kegemukan pada bahagian perut itu adalah berpunca daripada air dan bukannya disebabkan oleh kandungan lemak yang sangat tepu.

Bagi mendidik dan memperbetulkan keadaan ini, Dr. Rafidah yang merupakan seorang pakar buah pinggang telah tampil menjelaskan ‘gemuk air’ menerusi laman Twitter beliau.

Menurut Dr. Rafidah, tiada istilah gemuk air wujud perubatan, sebaliknya kegemukan pada bahagian perut itu adalah berpunca daripada kandungan lemak yang sangat tepu yang terkumpul sehingga menyebabkan perut kelihatan buncit dan besar.

60-70 % berat badan manusia adalah air (water) Ia terbahagi kepada intracellular (dalam sel-sel) & extracellular (luar sel). Luar sel – intravascular (dlm saluran darah) dan interstitial (antara sel-sel)

Badan kita ada mekanisme untuk memastikan kadar hidrasi badan adalah elok. Antaranya: buah pinggang kita akan hasil kan urin lebih/kurang. Kalau hidrasi rendah, urin kita pekat dan kurang.

Jika badan ada lebih air, mungkin ada masalah perubatan. Kami panggil itu “water retention”. Antara simptom atau gejala di panggil “oedema”. Air terkumpul dibawah kulit (subcutaneous), biasanya bermula di kaki.

Antara sebab yang mungkin merbahaya jika tidak dilakukan rawatan adalah: Kronik kegagalan buah pinggang Lemah Jantung (Heart Failure) Penyakit Kronik Hati (Cirrhosis)

Jika buah pinggang rosak, penghasilan urin akan jadi kurang. Jadi air berkumpul didalam badan. Lama kelamaan akan banjir di dalam paru-paru. Untuk lemah jantung, perjalanan darah tidak dapat dipam dengan elok dan akan terkumpul di dalam paru-paru.

Antara sebab sebab lain water retention adalah: Masalah tiroid Mengandung Ada jenis-jenis ubat Malnutrisi Penyakit kronik paru-paru Macamana nak tahu punca ? Mesti berjumpa doktor.

Banyak yang saya lihat penjelasan “gemuk air” yang tidak wujud adalah sebab nampaknya nak jual suplemen itu ini. Saya mohon jangan terpedaya. Itu bukan caranya nak buang lemak tepu!

Sumber : Dr. Rafidah Abdullah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending