Connect with us

Infozon

Tiada Duit Sebab Covid-19, Bapa Nekad Jual Ginjal Demi Nak Bagi Keluarga Makan

Langkah setiap negara untuk menghadkan pergerakkan rakyatnya demi membendung Covid-19 sememangnya satu langkah yang bijak. Namun disebalik inisiatif tersebut, ada golongan yang diuji dengan kehilangan punca pendapatan.

Berjalan sambil iklankan buah pinggang

Hal tersebut membuatkan sebahagian daripada mereka nekad melakukan apa sahaja demi mendapatkan wang untuk membeli makanan buat keluarga.

Jadi, menerusi media Indonesia iaitu Detik News, seorang lelaki dikenali sebagai Frans Larry Oktavianus, 43 telah berjalan kaki menyusuri jalan raya dengan menggantung sepanduk menjual buah pinggangnya.

Terpaksa lakukan demi keluarga

Perkara tersebut dilakukan kerana tiada sumber pendapatan disebabkan tidak dapat bekerja akibat Covid-19. Ini menyukarkan dia membayar hutang, sewa rumah serta membeli makanan untuk keluarga.

Jadi, solusi terakhir yang terfikir olehnya adalah dengan menjual buah pinggang demi mendapatkan duit dengan segera.

Sepanduk yang digantung Larry itu tertulis bahawa dia ingin menjual buah pinggangnya adalah untuk membiayai perbelanjaan harian serta anak-anaknya. Dia turut memaklumkan bahawa dia bukan mahu mengemis.

“Berkah Dalem, maaf saya Frans Larry O ingin jual ginjal untuk nafkahi keluarga saya, melunasi hutang, pendidikan, kesehatan, tempat tinggal, makan agar keluarga saya tak diremehkan. Maaf saya bukan mengemis.”

Isteri minta hentikan

Namun begitu, dalam kenyataan lain pula, isterinya meminta suaminya agar menghentikan perkara tersebut. Dia berharap agar suaminya lekas pulang ke rumah dan sama-sama memikirkan cara lain bagi menyelesaikan masalah kewangan mereka.

Susulan daripada itu, dapat kita lihat bahawa pendemik Covid-19 ini bukan sahaja menggangu kesihatan dunia, malahan membuatkan lebih ramai yang terpalit dengan masalah kewangan yang kritikal.

Semoga pendemik ini cepat berakhir bagi memacu kembali ekonomi dunia yang semakin meruncing.

Sumber : Detik News

Continue Reading
Advertisement

Trending