Connect with us

Infozon

Tewas Ketika Berjuang, ‘Nurse’ Hamil 4 Bulan Meninggal Akibat Covid-19 Di Indonesia

Ketika ini, petugas barisan hadapan terutamanya mereka yang berada di sektor kesihatan setiap negara pastinya menghadapi tugas getir.

Berjuang melawan Covid-19 bukanlah sesuatu yang mudah kerana pendemik ini telah menular hingga ke pelosok dunia.

Tumbangnya frontliner akibat pendemik

Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang pengguna media sosial itu telah memuat naik satu video seorang petugas kesihatan Indonesia yang terlantar dikatil dan menggunakan alat bantuan pernafasan kerana positif Covid-19.

Hamil 4 bulan

Frontliner tersebut yang hamil 4 bulan juga didakwa telah dibawa ke unit rawatan rapi (ICU) susulan keadaannya yang semakin kritikal.

Dalam video tersebut, dapat dilihat rakan sekerjanya yang berada di tempat itu menangis sehingga terduduk mengenangkan rakan sejawat mereka tumbang dijangkiti pendemik.

Tidak dapat diselamatkan

Video yang berdurasi 52 saat itu berlatarbelakangkan suara perakam yang turut sama menangis mengenangkan kondisi frontliner wanita tersebut.

Menurut daripada laporan sumber juga, petugas kesihatan itu serta kandungannya tidak dapat diselamatkan dan telah pun meninggal dunia.

Tumbangnya seorang frontliner bermakna risiko untuk petugas kesihatan turut sama dijangkiti amatlah tinggi kerana berhadapan dengan beribu lagi pesakit yang positif wabak ini.

Semoga pengorbanan yang dilalui petugas itu dibalas dengan syurga buatnya kelak.

Sumber : Gus Hans

Continue Reading
Advertisement

Trending