Connect with us

Cute

Teruja Dapat Adik Baru, Si Kembar Sibuk Tiru Gaya Ibu Berpantang

Bagi ibu bapa yang dikurniakan cahaya mata kembar, anak mereka pasti mencuri perhatian orang ramai apatah lagi sekiranya mempunyai pelbagai telatah dan ragam yang mencuit hati.

Begitu juga dengan pasangan kembar yang dipanggil ‘Twincess Maryams’ ini apabila meniru gaya ibunya, Ashue Samsudin yang sedang menjalani proses berpantang selepas melahirkan bayi lelaki pada bulan lalu.

Menerusi laman Instagram, Ashue memuat naik sebuah posting memaparkan gelagat dua puterinya Maryam Raudhah dan Maryam Wardhah yang turut memakai kain batik serta menggendong ‘anak patung’.

Hari ke-29 berpantang

“Yang sorang tu tak cukup tidur, maklumlah baby berjaga tengah malam kan. Next video pulak, bila kau berpantang tapi sibuk nak joget jugak. Pantang oiii ingat sikit,” katanya.

Posting berkenaan mendapat reaksi pengikutnya dimana rata-rata terhibur dengan gelagat kanak-kanak berusia tiga tahun itu selain memuji kecomelan pasangan kembar tersebut.

Siap mengucap lagi tu, mengantuk jaga ‘baby’

Bukan main seronok berjoget pula!

Comel betul kan? Raudhah dan Wardhah juga memiliki akaun Instagram @twincessmaryams yang mempunyai sebanyak 7,733 pengikut setakat ini. Jom tengok posting mereka yang lain!

https://www.instagram.com/p/CAz87fPjbAw/

https://www.instagram.com/p/B-CTLlKjwR7/

https://www.instagram.com/p/B91gMM3AGUb/

https://www.instagram.com/p/B3i6L_bArOO/

https://www.instagram.com/p/B0yatSrAimq/

Sumber : Ashue Samsudin

Continue Reading
Advertisement

Trending