Connect with us

Inspirasi

Terkedu Dapat Kejutan, Bapa Menangis Gembira Anak2 Berpakat Hadiahkan Kereta

Hari bapa merupakan hari istimewa buat seluruh insan yang bergelar bapa. Pastinya sebagai anak kita mahu melihat orang tua yang telah membesarkan kita itu tersenyum bahagia.

Kejutan buat ayah

Sehubungan dengan perkara tersebut, seorang pengguna Twitter telah berkongsi detik dia melakukan kejutan buat bapa tersayang dengan menghadiahkan sebuah kereta baharu buat lelaki itu.

Menerusi akaun Twitter menggunakan nama haziqsapu, dia dan adik-beradik yang lain telah membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta kepada ayah mereka.

https://twitter.com/haziqsapu/status/1274258107107966978

Kali kedua lihat ayah menangis

Reaksi bapanya yang menangis kerana begitu terharu membuatkan ramai warganet turut sebak kerana menurut haziq, itu merupakan kali kedua bapanya menangis selepas dia mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Advertisement

Terima kasih yang mendoakan

Haziq juga sempat mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi respon positif terhadap video yang dimuat naik. Dia turut menjelaskan bahawa pemberian itu adalah insiatif bersama adik-beradik yang lain demi melihat orang tua mereka tersenyum bahagia.

Sumpah sebak dengan video ni

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pebagai diatas muat naik yang begitu menyentuh hati itu.

Mereka juga mengakui bahawa sudah pasti seorang bapa terharu melihat pemberian hadiah dari anak tersayang kerana seorang lelaki bukan senang untuk menitiskan air mata.

Harap semua orang dapat peluang macam ni

Sumber: haziqsapu

 

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending