Inspirasi
Terduduk Kepenatan Di Celah2 Beras, Ustaz Ebit Tekad Kongsi Rezeki Dengan Insan Lain

Nama ustaz Ebit Lew sering menjadi sebutan sejak tempoh PKP dilaksanakan, mana tidaknya pendakwah terkenal ini telah menghabiskan demi untuk membantu golongan yang memerlukan.
Terbaru, menerusi perkongsian di Facebook memaparkan foto ustaz Ebit duduk terbaring kepenatan dengan berhampiran penuh berkampit-kampit beras yang bakal disedekahkan.
“Orang tanya kenapa saya buat semua ni…”
Dalam coretannya ustaz Ebit sempat berkongsi apakah yang menyebabkan dia tidak sanggup melihat orang dalam keadaan susah dan mengapakah dia suka berkongsia rezeki bersama insan lain.
Masa baru kahwin hidup susah
Ustaz Ebit bercerita dulu hidup tidak sesenang sekarang, namun berkat sabar dan usaha dia bersyukur dimurahkan rezeki apabila semua kerja yang diusahakan membuahkan hasil.
Dari umur 12 tahun dah mula buat kerja amal
Tambah ustaz Ebit, sejak berumur 12 tahun dia sudah terlibat dalam kerja dakwah dan khidmat masyarakat. Maka tidak hairanlah, sehingga kini aktiviti amal itu sudah sebati dalam dirinya.
Diri, harta, masa semunya milik Allah
Justeru, di saat Covid-19 ustaz Ebit bertekad mahu menggunakan segala nikmat yang telah Allah berikan kepadanya untuk dia berkhidmat dengan membantu orang lain pula.
Begitu murni hati ustaz Ebit, semoga segala usahanya mendapat rahmat Allah dan dipermudahkan. Diharapkan, kita semua mampu untuk menjadi seseorang yang mampu menyampai kepada insan lain juga.
Sumber : Ustaz Ebit Lew

-
WOW1 year ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi1 year ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit