Connect with us

Inspirasi

Tengah Azan Tiba2 Dipeluk Adik, Pemuda Bersuara Merdu Dipuji Penyayang

Menjadi satu-satunya anak lelaki dalam keluarga membuatkan seorang pemuda, Naseem Syarafi Mohamed Fadzli sangat akrab dengan kakak dan adik perempuannya.

Luahan itu dikongsi di laman Facebook selepas rakaman video yang kelihatan dirinya sedang mengalunkan azan tular di media sosial baru-baru ini.

“Tengah azan adik datang peluk, buat hal betul..”

https://www.facebook.com/naseem.nas.50746/videos/247959866454175/

Rakaman berdurasi 24 saat itu memaparkan dia yang khusyuk mengalunkan azan tiba-tiba didatangi si adik sebelum dipeluk namun kanak-kanak itu baru mengetahui sedang dirakam selepas abangnya menunjuk ke arah kamera.

Menurut pemuda yang pernah menuntut di Darul Quran JAKIM itu, dia telah ‘ditugaskan’ menjadi bilal dan imam solat Tarawih sepanjang bulan Ramadan untuk ahli keluarganya.

Malah turut berterima kasih kepada warganet yang sudi berkongsi video berkenaan sehingga tular selain mendoakan agar kita semua memperoleh zuriat soleh dan solehah.

Terima kasih sebab ‘share’!

Video tersebut menerima reaksi positif netizen yang memuji kemerduan suara Naseem dan kecomelan adik-beradik itu yang ‘sweet’ serta penuh kasih sayang.

Sumber : Naseem Nas

Continue Reading
Advertisement

Trending