Connect with us

WOW

Tempatkan Pesakit Bukan COVID-19, Hospital Lama Kluang Bakal Di Buka Semula

Individu yang terkena jangkitan wabak COVID-19 di Malaysia telah mencatatkan 1624 kes dan 15 kematian setakat hari ini. Sudah tentunya, perningkatan kes menyebabkan pihak KKM, kerajaan dan juga orang ramai resah dengan situasi yang menimpa negara ketika ini.

Namun begitu, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk kekal tenang dan juga mendengar arahan yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa. Kesihatan dan juga penjagaan diri haruslah dititik beratkan untuk mengelak sebarang kemungkinan berlaku.

“Hospital Kluang lama terbiar dibuka semula…”

Di Twitter, terdapat atu perkongsian oleh seorang individu yang mendakwa bahawa, hospital lama dan terbiar di Kluang bakal dibuka serta beroperasi sementara waktu.

Hospital terbiar tersebut bakal menempatkan dan merawat pesakit-pesakit yang tidak ada kaitan dengan kes COVID-19.

“Masukkan sekali rumah2 terbiar…”

Sudah tentunya, berita dan perkara ini menjadi tanda tanya dan persoalan daripada orang ramai mengenai hospital yang telah lama ditinggalkan tersebut. Namun, ada juga yang menyokong inisiatif yang dilakukan ini untuk menggunakan semula banguna-bangunan yang terbiar bergitu sahaja.

Advertisement

“Terbaring atas meja tu apa…”

“Kenapa mula2 hospital tu terbiar?”

“Sekurang-kurangnya ada tempat untuk mereka…”

Bangunan masih dalam keadaan elok

Diharapkan inisiatif yang dilakukan ini akan dapat berikan kebaikan untuk masyarakat setempat. Marilah ramai-ramai berdoa agar wabak ini segera pergi sebelum menjelangnya bulan Ramadhan.

Sumber: Facebook. 

Continue Reading
Advertisement

Trending