Connect with us

Inspirasi

Teman Wanita Lumpuh Sehari Sebelum ‘First Date’, Lelaki Ini Setia Menjaganya Setiap Hari

Betul orang kata, bila hati dah sayang seburuk mana seseorang itu pasti dapat terima kekurangan yang ada. Tetapi, sejauh mana kesanggupan seseorang untuk menerima kekurangan yang ada dalam diri pasangan masing-masing?

Namun, sebuah kisah sepasangan kekasih ini pasti dapat berikan inpirasi dan menjadi contoh bagi pasangan diluar sana. Pasangan yang berasal dari Chiang Mai, Thailand pada mulanya telah berkenalan selama tujuh bulan tanpa bersemuka menerusi sosial media.

First time nak berjumpa…

Narawut Phongyen yang berusia 31 tahun telah merancang untuk berjumpa dengan kekasihnya Patcharaphan Lenkham untuk pertama kali pada Februari 2016. Malangnya, wanita berusia 21 tahun itu telah mengalami kecederaan yang serius akibat kemalangan kereta ketika sehari sebelum tarikh temu janji mereka.

 

Badan lumpuh! Boleh gerakan ibu jari je…

Akibat kecedaraan yang parah, teman wanitanya telah didiagnosis mengalami herniated disks, penyebab kepada lumpuh satu badan. Walaupun mereka tak pernah sesekali bersua muka, tiada langsung terlintas dalam fikiran Narawut untuk meninggalkan gadis itu. Dia sebaliknya bergegas ke hospital untuk menemui Patcharaphan buat pertama kalinya di sana.

Janji sayang dan menjaganya setiap hari…

Kini, sudah masuk hampir tiga tahun Narawut menjaga kekasihnya yang telantar sakit. Setiap hari, dia pasti akan menyuapkan makanan dan mandikan Patcharaphan ibarat ia satu rutin harian. Malah, segala kerja rumah turut dilakukann olehnya. Bukan setakat itu, Narawut turut menolong gadis menajalani sesi physiotherapy, dimana akan membantu menggerakkan semula tangannya.

 

Bertuah dapat kenal dengan dia!

Patcharaphan menjelaskan bahawa dia berasa sangat bertuah kerana dapat berkenalan dan memiliki Narawut dalam hidupnya. Pada masa yang sama, dia juga turut bersimpati dengan teman lelakinya kerana terpaksa bersusah payah bersama dengan orang kurang upaya.

Katanya lagi, Narawut juga merupakan penguat untuk dirinya untuk meneruskan rawatan supaya dapat berjalan bersama-sama teman lelakinya suatu hari nanti.

 

Menurut Narawat, mereka sedang kini tinggal sebumbung bersama dengan keluarga teman wanitanya. Dia sudah berjanji akan melaksanakan perkahwinan secara besar-besaran, apabila Patcharaphan sudah pulih sepenuhnya.

Sumber: World of Buzz.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending