Connect with us

Infozon

Taufan Phanfone melanda Filipina, 16 Nyawa Maut Dipukul Angin Ribut 200km/h

Sebut sahaja mengenai negara Filipina, pastinya ramai yang sudah terbayang Boracay. Boracay sering kali menjadi tumpuan dan juga destinasi pilihan bagi kebanyakan pelancong kerana mempunyai pantai yang sangat indah.

Namun pada hari semalam, Pulau Boracay telah dilaporkan telah dibadai oleh taufan Phanfone. Angin kencang yang melanda Filipina itu secara dasarnya telah mengorbankan 16 nyawa dan telah mendatangkan kemusnahan yang dahsyat kepada negara itu

Angin ribut mencapai 200 kilometer (125 batu) sejam

Taufan yang melanda itu dikatakan telah memusnahkan hampir kesemua kediaman penduduk setempat serta turut menumbangkan tiang elektrik ketika membadai seluruh tengah negara itu kelmarin.

Turut dilaporkan menerusi pegawar agensi bencana, sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh di kampung-kampung dan bandar-bandar di sekitar Visayas.

Amaran awal sudah diberikan!

Sebelum taufan Phanfone ini melanda, para penduduk setempat telah diberikan amaran dan kapal-kapal juga tidak dibenarkan keluar masuk bermula 24 Disember lalu.

Taufan tersebut juga telah menyebabkan kerosakan pada jalan raya dan gangguan bekalan elektrik. Malah para pelancong juga terkandas kerana Lapangan terbang di Kalibo di Aklan, mengalamai kerosakan yang teruk.

Namun, menurut perkembangan terbaru, angka kematian kini meningkat kepada 20 orang.

Diharapkan kepada semua mangsa dan penduduk  Filipina berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Semoga segala kerja pembaik pulihan bakal berjalan dengan lancar.

Sumber: Berita Harian, Daily Mail.

Continue Reading
Advertisement

Trending