Connect with us

Infozon

Taliban Laksana Undang-undang Syariah, Bendera Kini Dihiasi Kalimah Syahadah

Semenjak mengambil alih pentadbiran Afghanistan pada 15 Ogos yang lalu, Taliban telah melakukan beberapa perubahan seperti melaksanakan undang-undang Syariah dan menukar bendera rasmi Afghanistan.

Bendera Afghanistan yang sebelum ini mempunyai tiga warna iaitu hijau, hitam dan merah dan kini berganti dengan warna putih sepenuhnya dan mempunyai tulisan kalimah syahadah, ‘La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah’ yang berwarna hitam.

Baru-baru ini berita Televisyen Nasional Emiriah Islam Afghanistan telah menggunakan latar belakang bendera terbaharu tersebut dan sekaligus membuktikan Taliban telah mengambil alih pentadbiran secara rasmi.

Sebahagian rakyat Afghanistan menentang Taliban kerana mereka berpendapat Taliban bukanlah golongan Islam yang sebenar kerana dikatakan telah membunuh ramai rakyat yang tidak bersalah atas nama Islam.

Walau bagaimanapun, terdapat umat Islam yang memberi gelaran Taliban dengan gelaran ‘Ameerul Momineen’ (pemimpin Ummah) dan menyokong sepenuh hati kemenangan Taliban.

Advertisement

Sebelum ini banyak berita telah melaporkan berpuluh ribu rakyat Afghanistan berusaha melarikan diri sejak Taliban mula menguasai kerana ketakutan yang melampau. Hal ini kerana mereka mempercayai dan mendakwa Taliban meninggalkan kesan terhadap ideologi mereka yang menindas wanita.

Jurucakap rasmi Taliban bagaimanapun mengatakan wanita Afghanistan akan dibenarkan meninggalkan rumah bagi mendapatkan akses pendidikan dan juga boleh bekerja dengan syarat memakai jilbab seperti yang diwajibkan oleh Islam.

“Sehingga kini, Taliban tidak menghalang wanita yang tinggal di Afghanistan untuk pergi ke sekolah. Malah kelihatan ramai kanak-kanak perempuan keluar untuk ke sekolah.”

Salah seorang rakyat tempatan turut mengatakan bahawa kelihatan beberapa guru sekolah menghantar mereka pulang ke rumah memandangkan situasi pentadbiran di Afghanistan masih dilihat tegang ketika ini.

Sementara itu perkongsian gambar oleh seorang wartawan yang menunjukkan beberapa gadis berjalan kaki ke sekolah pada hari pertama Taliban berkuasa di Kabul telah mendapat pelbagai reaksi netizen dari seluruh dunia.

Ramai yang mempersoalkan keselamatan dan masa depan wanita di Afghanistan.

Advertisement

Banyak persoalan dan kebimbangan mengenai pendidikan yang timbul sejak Taliban mengambil alih negara itu. Manakala kumpulan fundamentalis mengatakan mereka akan menghormati hak wanita.

“Tujuan kami adalah agar wanita mendapat akses pendidikan dan bekerja dengan mengenakan jilbab di atas kepala mereka,” kata seorang jurucakap Taliban kepada BBC.

Prof Dr. Kartini Aboo Talib @ Khalid, seorang Penganalisis Politik yang juga Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) di UKM turut memberi pandangan terhadap wanita Afghanistan yang memakai jubah dan hijab itu adalah disebabkan keadaan cuaca sejuk dan berangin.

Advertisement

Menurutnya, pakaian itu telah dipakai sejak dahulu lagi. Wanita melaram dengan baju yang cantik dan menarik serta berseluar jeans dan blouse di sebalik jubah itu.

Katanya lagi, beliau pernah berada lama di Himachal Pradesh, Utara India bersama rakan-rakan pensyarah dari Universiti Kabul bersama pelajar-pelajar perempuan serta lelaki dari Afghanistan.

“Mereka boleh bergaya sesuai dengan masa dan keadaan. Mereka mengatakan usah percaya pada apa yang ditulis oleh pemberita atau media Barat kerana mereka berat sebelah dengan Islam dan orang Muslim,”

Sumber: Sinar Islam Plus

Continue Reading
Advertisement

Trending