Connect with us

Infozon

Takut Kena Saman, Pakcik Sanggup Cari ‘Mask’ Terpakai Dicelah Longgokan Sampah

1 Ogos depan, pemakaian pelitup muka atau topeng muka di pengangkutan awam dan tempat-tempat awam yang sesak adalah diwajibkan bermula dari tarikh  1 Ogos 2020. Perkara ini diputuskan setelah trend jangkitan Covid-19 menunjukkan peningkatan walaupun sedikit demi sedikit.

Peraturan itu ditetapkankan kerajaan selepas mendapati amalan penjarakkan sosial dan pemakaian pelitup muka di dalam pengangkutan awam serta prosedur operasi standard (SOP) di tempat-tempat awam yang bersesak semakin tidak dipatuhi oleh orang ramai.

Cari mask dicelahan timbunan sampah

Walaupun begitu, berapa ramaikah yang sedar bahawa peraturan pada tarikh 1 Ogos berkenaan tidak mampu diikuti oleh sesetengah golongan di luar sana?

Sekeping gambar mendapat perhatian pengguna Twitter telah merungkai keresahan yang terpaksa dihadapi oleh sesetengah golongan ketika ini.

Ada yang turut pertikaikan kesahihan kejadian

Bukan sorang je yang macam ni, mesti ramai lagi luar…

Sudah tentunya, nasib pakcik berkenaan membuatkan ramai yang bersimpati dan mahu menghulurkan sedikit bantuan buat dirinya.

Ramai betul yang tersentuh

“Tak beli pun, ambil he yang orang buang…”

Yang lunyai2 pun ambil, nak jaga kesihatan

Orang berduit patutnya tolong orang macam ni

Menurut makluman, pakcik berkenaan kemudiannya dibantu oleh insan yang perhatin terhadap nasibnya pada hari itu.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending