Connect with us

Inspirasi

Tak Kisah Tersiksa Berpanas, ‘Frontliner’ Ucap Terima Kasih Kepada Rakyat Malaysia

Kekalutan melanda negara disebabkan wabak pandemik telah memaksa semua seluruh rakyat Malaysia berkorban demi kebaikan bersama. Perintah Kawalan Pergerakan telah memaksa orang ramai duduk dirumah dan berhenti melakukan segala aktiviti atau rutin harian dengan serta merta.

Manakala para barisan hadapan negara seperti KKM, petugas kesihatan dan anggota beruniform terpaksa bekerja dengan lebih keras berbanding sebelumnya untuk memastikan keselamatan rakyat terjamin.

“250 sampel berjaya didapatkan dalam masa 3 jam…”

Seorang petugas kesihatan, Dr. Sakinah Sulong memuat naik sebuah posting menerusi laman Facebook miliknya.

Doktor berkenaan berkongsikan serba sedikit mengenai tugasnya semalam dan sekaligus mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas kerjasama padu yang telah diberikan!

“Namun kami berbangga dapayt bertugas dalam situasi ini”

“Kita mesti menang, duduk rumah rakyat Malaysia!”

Lebih menyentuh hati, para frontliner ini sangat ikhlas dan tidak kisah berpanas bersarungkan sut PPE sepanjang masa. Malah, mereka lebih berbangga kerana dapat bertugas dalam situasi getir yang melanda negara ketika ini.

Pujian dan kata-kata semangat juga dipenuhi dalam ruangan komen posting berkenaan. Ramai juga mengucapkan terima kasih kepada para petugas kesihatan ini atas kesanggupan dan pengorbanan mereka kepada negara.

Terima kasih frontliners!

Sumber: Facebook.

Continue Reading
Advertisement

Trending