Connect with us

WOW

Tak Hanya Hebat Memasak, Pavithra Tampil Anggun Persis Model Antarabangsa!

Nampaknya rezeki YouTuber masakan terkenal Sugu Pavithra semakin hari semakin baik. Bermula sekadar suka-suka berkongsi masakan di saluran YouTube mereka, nama pasangan berbangsa India ini terus diingati sehingga disebut dalam ucapan Perutusan Perdana Menteri tempoh hari.

Cantik sangat weyy!

Selepas mengambil keputusan untuk bergiat secara serius dalam pengahasilan content di YouTube, satu demi satu rezeki buat pasangan ini menjadi inspirasi kepada masyarakat di luar sana.

Tidak terkesan dengan kontroversi yang berlaku, gambar Pavithra bergaya ala model telah tular di media sosial selepas dimuat naik oleh jurugambar profesional.

Macam model antarabangsa

Selain itu, pengguna Instagram yang juga seorang penatarias terkemuka telah memuat naik gambar Pavithra berbusana anggun dengan pakaian rekaan daripada Wanpa sedang melakukan sesi bergambar.

Dapat dilihat dengan jelas bahawa Pavithra mempunyai karisma sebagai model apabila gambar-gambar tersebut terlihat sangat fotogenik.

Susulan daripada perkongsian yang dibuat, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan Instagram pihak-pihak tersebut dengan memuji penampilan anggun pesonaliti YouTube itu.

Kelihatan Pavithra sangat sesuai menjadi model kerana berpenampilannya begitu elegan walaupun dengan gaya yang sederhana.

Sumber: Razzimusa, Wanpa, holyblackrapunzel

 

 

Continue Reading
Advertisement

Trending