Connect with us

WTF

Tak Berhati Perut! Kanak2 Nakal Gunting Tangan Anak Kucing Dalam Sangkar

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang sangat disayangi oleh manusia. Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah ramai yang sanggup berbelanja besar demi menjaga si bulu itu.

Namun, ada sesetengah pemilik kucing tidak menyenangi kehadiran kanak-kanak nakal yang suka mengganggu kucing mereka. Perkara tersebut kerap terjadi kerana kurangnya pantauan oleh ibu bapa mereka sendiri.

Mati sebab digunting

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter dikenal sebagai Balqis, dia telah menceritakan kejadian dimana anak kucingnya mati disebabkan cedera dibahagian kaki kerana digunting oleh seseorang.

Anak kucing menjerit dalam sangkar

Walaupun sudah setahun kejadian tersebut, dia tetap berasa sedih diatas kejadian itu. Menurutnya, dia pelik kenapa anak kucing itu menjerit di dalam sangkar.

Setelah diperiksa, dia dapati kaki kucing tersebut sudah dihurungi semut. Dia terasa panik dan meminta bapanya membawa kucing itu ke klinik haiwan, namun waktu itu sudah pun larut malam.

Mak dia jeling bila anak2 kena tegur

Dalam perkongsian itu juga, dia yakin bahawa perkara tersebut dilakukan oleh kanak-kanak nakal berhampiran rumahnya kerana sebelum ini bapanya pernah melihat mereka menendang kucing di gerai makan ibu mereka.

Namun wanita itu hanya buat tidak endah dan mulai menjeling apabila bapanya menegur perilaku nakal kanak-kanak tersebut.

Beri teladan yang baik untuk anak2

Diakhir, perkongsian tersebut, Balqis ada menitipkan pesanan kepada semua agar menjadi contoh yang baik buat anak-anak agar lebih menyayangi binatang.

Hal ini kerana dia tidak mahu kejadian tersebut berulang kerana kucing juga merupakan makhluk yang harus dijaga dan diberi perhatian.

Sumber : Balqis

 

 

Continue Reading
Advertisement

Trending