Infozon
Sushi King, Pepero dan 6 produk yang lain. Halal atau tidak?

Mencari yang halal adalah wajib bagi setiap individu Muslim.
Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman (al-Maidah: 88).
Sekarang ini sudah tiada alasan untuk anda tersilap menggunakan produk yang tidak halal di Malaysia. Ini kerana anda boleh mengenal pasti barangan halal berpandukan logo halal, dan menyemak untuk mengesahkan samada sesuatu produk itu telah mendapat sijil halal JAKIM, secara online atau melalui khidmat SMS.
Penjelasan berkenaan pelbagai pertanyaan yang sering diterima oleh pihak kami. Dalam usaha mengurangkan kemusykilan dan salah faham awam terhadap isu-isu halal seperti status halal produk, pensijilan halal, dan sebagainya, pihak JAKIM telah berkongsi dengan orang ramai mengenai status halal untuk beberapa produk makanan yang mempunyai status halal yang diragui oleh orang Islam.
1. Aiskrim Magnum
Untuk makluman, Ice Cream Magnum mempunyai Sijil Pengesahan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM iaitu Majelis Ulama Indonesia (MUI) dan The Central Islamic Committee of Thailand (CICOT).
Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk ais krim yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.
2. Coklat Ferrero Rocher
Coklat Ferrero Rocher yang dikilangkan di Itali mempunyai Sijil Pengesahan Halal dari National Independent Halaal Trust (NIHT), South Africa.
Ianya merupakan salah satu badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.
Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk coklat yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.
3. Sushi King
Untuk makluman, premis makanan Sushi King di Malaysia merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia.
4. Kinder Bueno
Untuk makluman, coklat Kinder Bueno merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal dari National Independent Halaal Trust (NIHT).
Ianya merupakan salah satu badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di Afrika Selatan.
Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk coklat yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.
5. Pepero
Untuk makluman, coklat Pepero merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal dari Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA) dan Korean Muslim Federation (KMF)
Ianya merupakan salah satu badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di Amerika Syarikat dan Korea Selatan.
Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk coklat yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.
6. Bihun segera jenama Pama & Mama
Mee/Bihun Segera Jenama PAMA & MAMA yang berada di pasaran Malaysia merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
Selain itu, produk tersebut turut memiliki Sijil Pengesahan Halal dari The Central Islamic Council of Thailand (CICOT) dan Majelis Ulama Indonesia (MUI)
Ianya merupakan badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di Thailand dan Indonesia.
Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.
7. Mee Ramen Hot Chicken jenama Samyang
Untuk makluman, Mee Ramen Hot Chicken jenama Samyang yang berada di pasaran Malaysia merupakan pemegang Sijil Halal Korean Muslim Federation (KMF)
Ianya merupakan badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di Korea.
8. Biskut Gery
Untuk makluman, Biskut Gery keluaran Pt Garuda Food Putra Putri Jaya mempunyai Sijil Pengesahan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM iaitu Majelis Ulama Indonesia (MUI)

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit