Connect with us

WOW

Dijaga Bak Anak Sendiri, Harimau Bintang Tak Sampai Hati Makan Bayi Kijang Baru Lahir

Jika kita melihat sang harimau sudah semestinya haiwan pemangsa dikenali sebagai ganas dan membahayakan, ketangkasan haiwan itu memburu makan sentiasa membuatkan haiwan-haiwan yang sering menjadi mangsa, kecut perut.

Selalunya, apabila harimau bertemu mangsanya sudah akan dibahamnya hidup-hidup. Namun, berbeza sekali dengan seekor harimau bintang ini yang berlaku ihsan terhadap seekor anak kijang yang baru dilahirkan.

Harimau bintang tak sampai hati makan anak kijang baru lahir

Menerusi sebuah rakaman video yang telah tular, harimau tersebut asalnya mahu menyerang ibu kijang yang sedang beranak. Sejurus perasan akan kehadiran harimau itu, ibu kijang terus lari meninggalkan anaknya yang baru lahir.

Mungkin di dalam fikiran kita anak kijang itu bakal menjadi hidangan si harimau, tetapi apa berlaku adalah haiwan pemangsa itu tidak menyerang anak kijang tersebut, sebaliknya dia membelai haiwan itu seperti anaknya sendiri.

tak jadi makan… terus jd anaknya.. binatang pun ada sifat keibuannya….

Posted by Rahimi Fahmi on Wednesday, November 13, 2019

Bagai anak dan ibu…

Naluri keibuan mengatasi nafsu, sejak daripada itu harimau bintang itulah yang menjaga anak kijang tersebut. Malah, kedua-dua haiwan berkenaan bagaikan ibu dan anak saling menyayangi antara satu sama lain.

Lihatlah haiwan pun tahu akan rasa ihsan, tidak seperti sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab tergamak membuang bayi dilahirkan tanpa rasa kasihan dan sayang.

Sumber : Facebook

Continue Reading
Advertisement

Trending