Connect with us

Inspirasi

Suami Buta Kerah Tenaga Jual Lemang Untuk Kos Rawatan Isteri

Kasih-sayang merupakan salah satu tunjang utama dalam perhubungan suami isteri. Jika kita amat menghargai pasangan kita, sudah tentu apa saja dugaan dapat kita harungi bersama.

Jual lemang untuk biaya rawatan isteri

Di Thailand, seorang lelaki berumur 67 tahun telah membanting tulang dengan menjual lemang ditepi jalan. Walau dalam keadaan buta, dia tetap berusaha mencari rezeki bagi mendapatkan duit untuk rawatan penyakit isterinya yang berusia 98 tahun.

Ikut trak sebab buta

Menurut sumber, disebabkan lelaki itu tidak dapat melihat, dia telah mengikut sebuah trak dengan mebawa sekali lemang-lemangnya yang diikat di belakang basikal. Kebiasaannya, lelaki itu akan menjual lemang di luar sebuah kuil.

Kerap beri sedekah

Tambahnya lagi, setiap hari Jumaat dia akan memmbuat pesanan kepada pembuat lemang di sekitar kampungnya bagi mendapatkan bekalan unutk dia berniga.

Walaupun hidup dalam keadaan daif, dia sangat pemurah apabila kerap memberi sedekah lemang yang tidak habis kepada orang ramai di kawasan kuil.

Semangat harus dipuji

Kehidupan yang serba kekurangan yang dihadapi oleh lelaki itu sedikit pun tidak melemahkan semangatnya untuk mencari rezeki untuk diri dan isterinya.

Semangat yang ditunjukkan sememangnya harus dipuji kerana masih gigih berusaha walaupun pendapatan yang diperoleh tidak seberapa.

Sumber : Matichon Online

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending