Connect with us

WTF

‘Staff’ Penerbangan Benarkan Warga Emas Hidap ‘Panic Attacks’, Bawa Anjing Dalam Pesawat

Kebiasaannya, haiwan peliharaan tidak akan dibenarkan duduk bersama-sama dengan penumpang di dalam pesawat, kerana akan ada satu tempat khas untuk haiwan.

Namun lain pula dengan kisah wanita warga emas bernama Mina Velloo Kutie, berusia 72 tahun, apabila anjing peliharaannya bernama Patch, diberi kelepasan untuk menemani tuannya itu.

Patch berkelakuan baik, setia teman Mina

Hal ini kerana, pihak penerbangan yang dinaiki iaitu Qatar Airways prihatin dengan masalah kesihatan Mina yang menghidap ‘Panic Attacks’ yang memerlukan anjing peliharaannya sentiasa ada bersamanya.

Mengejutkan, anjing itu berkelakuan sangat baik sepanjang perjalanan dan hanya duduk menemai Mina, sehingga ramai memujinya

Bantu kawal emosi lepas suami meninggal

Warga emas itu menaiki pesawat dari Kuala Lumpur menuju ke Boston, United States, untuk berjumpa dengan anak lelakinya, Muthu Kumar.

Menurut anaknya, berikutan penyakit yang dialami ibunya, pihak hospital menyarankan agar ibunya membawa anjing peliharaannya sekali untuk membantunya mengawal emosi.

Tambahnya, anjing itu telah menjadi antara penguat semangat ibunya sejak kematian suami beberapa tahun yang lalu. Justeru, Muthu sangat berterima kasih kepada pihak penerbangan tersebut kerana membenarkan Patch menemaninya ibunya.

Sumber : World Of Buzz

Continue Reading
Advertisement

Trending