Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

SQ321: Tiga Rakyat Malaysia Dirawat Di ICU Dalam Keadaan Stabil

Tiga penumpang rakyat Malaysia dalam penerbangan SQ321 Singapore Airlines (SIA) dilaporkan tidak kritikal namun sedang menerima rawatan  di unit rawatan rapi (ICU), di Thailand.

Menurut satu laporan Berita Harian, Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel berkata, beliau dimaklumkan bahawa ketiga-tiga orang penumpang rakyat Malaysia tersebut berada dalam keadaan tidak mengancam nyawa.

Foto: mtcc.or.th

“Mereka perlu dipantau rapi di ICU kerana mengalami kecederaan di kepala dan belakang. Tiga yang berada di ICU dalam keadaan sedar dan boleh bercakap manakala keadaan mereka dipantau doktor.
Enam lagi rakyat Malaysia yang dimasukkan ke wad kerana pening dan kecederaan ringan berada dalam keadaan stabil sambil dipantau doktor,” katanya pada Rabu.

Beliau memaklumkan, enam rakyat Malaysia yang lain dirawat di Hospital Samitivej Srinakarin manakala tiga lagi menerima rawatan di Hospital Samitivej Sukhumvit dimana kesemua mereka berusia dalam lingkungan 31 hingga 65 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pihak kedutaan komited memantau keadaan mereka dan sedia menghulur bantuan diperlukan,” ujar beliau.

Foto: CNA

Sebelum ini, pesawat SIA penerbangan SQ321 dari London ke Singapura yang membawa 211 penumpang dan 18 kru dilaporkan mengalami gelora udara yang ekstrem di atas Lembangan Irrawaddy pada ketinggian 11,277.6 meter kira-kira 10 jam setelah berlepas.

Susulan itu, juruterbangnya mengisytiharkan kecemasan perubatan dan kemudian melencongkan pesawat Boeing 777-300ER ke Bangkok dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi pada jam 3.45 petang waktu tempatan semalam.

Turut dilaporkan terdapat seorang penumpang maut dan ramai yang mengalami kecederaan dalam insiden tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Pengarah Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi Kittipong Kittikachorn pula berkata, mangsa yang maut dalam insiden tersebut merupakan seorang lelaki warga British berusia 73 tahun.

Foto: Berita Harian

Terdahulu, Timbalan Superintendan Balai Polis Lapangan Terbang Suvarnabhumi Left Kol Polis Weerasak Muangsuwan memaklumkan bahawa Polis Thailand sudah menghantar mayat penumpang berkenaan ke Jabatan Forensik Institut Perubatan Chakri Naruebodindra untuk dibedah siasat.

“Belum ada yang tampil menuntut mayat kerana isteri si mati juga cedera dan masih menerima rawatan,” katanya.

Untuk makluman, mangsa yang mengalami kecederaan telah dihantar dan dirawat di tiga buah hospital, iaitu seramai 41 di Hospital Samitivej Srinakarin, 14 di Hospital Samitivej Sukhumvit sementara lagi di Hospital Bangkok.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes ceroboh kuil di Rawang, Selangor pada Rabu, lapor Bernama. Kes ceroboh kuil di Rawang Ketua Polis...

Sosial

Seorang individu meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa dihidangkan ikan yang tidak dimasak sempurna ketika berkunjung ke restoran milik usahawan dan pempengaruh masakan terkenal, Khairul...

Lokal

Mahkamah Tinggi di Melaka mengetepikan hukuman denda RM1,500 terhadap seorang pengawal keselamatan yang mengaku mencuri susu tepung dan beberapa barangan lain di sebuah pusat...

Lokal

Penemuan baharu melibatkan anggota badan dan kepala dipercayai milik seorang wanita ditemukan di Taman Indah Permai, Sepanggar, pada pagi Khamis. Sebelum ini, beberapa anggota...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd