Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Song Joong-ki Belajar Bahasa Sepanyol Demi Anak-Anak, Bukan Sekadar Tuntutan Filem

Peminat setia pelakon Korea, Song Joong-ki sebelum ini tumpang gembira dengan kelahiran cahaya mata kedua selebriti berkenaan, iaitu bayi perempuan bersama isterinya Katy Louise.

Baru-baru ini, Joong-ki kelihatan tidak berselindung lagi mempamerkan gambar anak keduanya pada khalayak umum ketika sidang media mengenai filem terbarunya, “Bogota: City of the Lost”, pada 23 Disember lalu.

Song Joong-ki Belajar Bahasa Sepanyol

Foto: Instagram @hi_songjoongki

Menurut laporan Asiaone, selebriti berusia 39 tahun itu menyatakan bahawa kelahiran tersebut terasa amat berbeza sekali kerana tanggungjawabnya sebagai seorang bapa dan pelakon semakin besar.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Apabila saya menggendong anak perempuan saya buat kali pertama selepas dia dilahirkan, ia terasa berbeza berbanding menggendong anak lelaki saya. Perasaan itu benar-benar tidak dapat dilupakan.
“Pada kelahiran anak saya, rasa tanggungjawab saya sebagai bapa dan pelakon semakin besar,” ujarnya gembira.

Pelakon berkenaan juga memaklumkan bahawa anak perempuannya sedang membesar dengan sihat dan isterinya sedang pulih dengan baik. Dia juga berterima kasih atas sokongan hangat daripada peminat kepadanya yang tidak terhingga.

Song Joong-ki Belajar Bahasa Sepanyol

Foto: Allkpop

Song Joong-ki Belajar Bahasa Sepanyol Demi Anak-Anak

Tambah Joong-ki lagi, dia sedang giat belajar bahasa Sepanyol bukan sekadar tuntutan filem baharunya, tetapi untuk anak-anaknya juga kerana dia mahu anak sulung dan bongsunya mahir dalam bahasa Korea dan Sepanyol untuk berkomunikasi seharian.

“Saya bercakap bahasa Sepanyol juga dengan isteri saya dalam kehidupan seharian.
“Suatu hari nanti mereka mungkin bercakap bahasa Sepanyol lebih baik daripada saya.
“Jika saya tidak pandai bahasa itu, anak-anak akan lebih sukar untuk berkomunikasi, jadi saya sedang belajar dengan lebih tekun,” jelasnya.

Artikel lain: Song Joong Ki Gembira Timang Anak Kedua, Isteri Selamat Lahir Bayi Perempuan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Filem “Bogota: City of the Lost,” merupakan lakonan baharu Joong-ki dalam bahasa Sepanyol yang turut dibintangi oleh Lee Hee-joon, Kwon Hae-hyo, dan Park Ji-hwan, bakal ditayangkan di pawagam Korea Selatan pada 31 Disember nanti.

Untuk rekod, Joong-ki dan isteri mendirikan rumah tangga pada Januari 2023 dan menimang cahaya mata pertama mereka pada Jun 2023.

Sumber: Asiaone

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd