Inspirasi
Simpan Duit Dalam Guni, Warga Emas kumpul RM23,000 Hasil Cuci Pinggan

Tabiat menabung sememangnya sesuatu yang sangat baik dan harus diterapkan dalam diri sejak kecil lagi. Hal ini supaya, kesemua duit itu boleh digunakan ketika mengalami masalah.
Menerusi laporan Tribun News, seorang warga emas bernama Palyuri tinggal di Sumantera Barat, Indonesia berjaya mengumpul lebih sebanyak Rp 81,0000,00 atau lebih kurang RM23,000.
Warga emas berusia 81 tahun itu mampu mengumpul wang sebanyak itu menerusi hasil titik peluh mencuci pinggan mangkuk yang digunakan ketika penduduk setempat mengadakan sebarang majlis mahupun kenduri.
“Bantu mencuci pinggan ketika majlis perkahwinan. Dia datang untuk memberi bantuan. Orang bagi dia duit dan simpan,” kata salah seorang jiran bernama Musleniyetti.
Selain itu, Musleniyetti juga berkata pada mulanya hanya lapan orang sahaja diperlukan untuk mengira tetapi, wang terlalu banyak dan bertambah kepada 16 orang pada hari kedua.
“Di lantai, dalam lipatan kain, di bawah bantal dan tilam. Semua dipenuhi dengan wang yang banyak,” jelasnya.
Wang yang sudah dikira akan disimpan ke dalam bank negara dan masih juga terdapat beberapa guni lagi yang masih belum dikira jumlahnya.
Palyuri juga difahamkan hidup sebatang kara dan tidak berkahwin. Segala pekerjaan dilakukan dengan gigih tanpa meminta atau ‘mengemis’ bantuan daripada masyarakat setempat dan mula menabung sekitar tahun 1990-an kerana terdapat wang-wang lama di dalam simpanannya.
Sumber: Tribun News

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit