Connect with us

Cute

Si Kelabu Berbalas Pancing, Hantaran Pertunangan Comel Bikin Geram!

Hantaran perkahwinan ataupun pertunangan dalam adat Melayu sudah pastinya tidak dapat dipisahkan. Bahkan, dalam sebuah majlis perkahwinan bukan sahaja bakal mempelai menjadi tumpuan, hantaran yang diberikan kedua-dua belah pihak turut menjadi tontonan umum.

Hantaran yang diberikan selalunya merupakan satu set lengkap persalinan antara pihak lelaki mahu pun wanita. Ada juga yang mengambil kesempatan dengan memberi hantaran ini sebagai satu permulaan untuk mereka mulakan hidup di alam berumah tangga.

Kucing sebagai hantaran pertunangan…

Hantaran unik majlis pertunangan Yusmadiella Yuz dan Abdul Qaiyum yang dilangsungkan pada 2 Ogos lalu, berjaya menarik perhatian ramai apabila pihak lelaki menjadikan kucing sebagai salah satu hantaran daripada 11 dulang buat kekasih hatinya.

Kucing yang diberi nama Bijibu Ashley itu dibelinya seminggu sebelum majlis pertunangan mereka berlangsung. Perkara ini sudah tentunya mengejutkan para tetamu yang berkunjung hadir di majlis pertunangan mereka.

Sementara itu, Yusmadiella pula membalas 13 dulang hantaran kepada pihak lelaki termasuk salah satunya mesin pancing.

Disebabkan mereka berdua mempunyai minat yang tersendiri, jadi pasangan ini memutuskan untuk memberikan barang kesukaan sebagai salah satu hantaran dalam majlis pertunangan mereka.

Sumber: Astro Gempak.

Continue Reading
Advertisement

Trending