Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Setiap Minggu Ulang-Alik 700KM Demi Keluarga, Pengorbanan ‘Rider’ Berakhir Tragedi

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai.

Perkongsian oleh S Faizzul Syar di laman Facebook itu menggambarkan pengorbanan arwah yang sanggup menempuh perjalanan jauh hampir setiap minggu demi memenuhi tanggungjawab sebagai suami, bapa dan anak.

Menurutnya, dia menerima berita mengenai kemalangan tersebut sekitar jam 9.45 malam pada 25 April lalu, hanya kira-kira sejam selepas kali terakhir arwah aktif berkomunikasi dalam kumpulan WhatsApp.

“Baru sahaja berbalas mesej sekitar jam 8 malam, kemudian dapat berita arwah kemalangan,” katanya dalam satu hantaran pada Ahad.

Difahamkan, arwah yang bertugas di Depot Imigresen Papar, Sabah kerap berulang-alik ke Sarawak, sama ada ke Miri untuk menjaga ibunya atau ke Sibu untuk bersama isteri dan anak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perjalanan darat yang dilalui arwah bukan sahaja merentasi negeri, malah melibatkan laluan merentas negara melalui Brunei dengan jarak melebihi 700 kilometer.

“Pengorbanan seorang suami, ayah dan anak lebih kurang setiap minggu menunggang motosikal dari tempat kerja, Depot Imigresen Papar ke rumah sama ada Miri atau Sibu.
“Di Miri ada ibu nak di jaga. Di Sibu ada isteri dengan anak. Perjalanan melebih 700KM merentasi negara brunei,” ujar S Faizzul Syar.

Rakan arwah turut mendedahkan bahawa Azman sebelum ini berusaha untuk mendapatkan pertukaran tempat kerja ke Sarawak, namun masih belum mendapat kelulusan pihak atasan.

“Tiap kali bertemu atau berhubung memang topik yang arwah tanya pasal perpindahan. Bukan tiada usaha. Tapi dah dapat sokongan dari negeri cuma belum dapat kelulusan dari ibu pejabat.
“Sampai arwah tanya kalau isi untuk pertukaran jabatan mungkin dapat pindah ke sarawak. Perjalanan darat dari Sabah ke Sarawak bukan hanya menrentas negeri, tetapi merentas negara.
“Kadang seseorang memohon pertukaran bukan sebab saja-saja, tapi ada orang tersayang menunggu,” luahnya lagi.

Dalam pada itu, dia turut mengenang pelbagai kebaikan arwah sepanjang persahabatan mereka, termasuk kesediaan membantu keluarganya ketika memerlukan.

Malah, S Faizzul Syar mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta berharap keluarga diberi kekuatan menghadapi dugaan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Banyak kebaikan yang dia buat. Kalau hendak diceritakan, memang terlalu banyak, semoga kau tenang di sana sahabat, semoga keluarga arwah tabah hadapi dugaan ini,” katanya.

Sumber: Facebook S Faizzul Syar

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh dikenali sebagai “Minyak Hitam Jalanan”, Abang Usop, berkongsi pengalaman apabila seorang individu yang pernah dibantunya, Dicky Yau, tampil menunaikan janji dengan menyerahkan sebahagian...

Dunia

Syarikat minyak dan gas dari Itali, Eni, dilaporkan menemui satu lagi sumber gas berskala besar di Indonesia menerusi sumur eksplorasi Geliga-1 yang terletak di...

Lokal

Terengganu mencatatkan peningkatan mendadak kes perceraian yang dilihat sebagai petunjuk awal krisis sosial, sekali gus memerlukan tindakan segera dan menyeluruh daripada semua pihak. Ahli...

Lokal

Pempengaruh dan penulis bidang analisis geopolitik, Ahmad Faezal menggesa seorang pengguna media sosial supaya tampil mengemukakan bukti susulan tuduhan mengatakan peserta Global Sumud Flotilla...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd