Connect with us

Inspirasi

Setelah 5 Tahun ‘Repeat Paper’, Akhirnya Pemuda Ini Berjaya Tamatkan Pengajian

Setiap manusia yang digelar sebagai mahasiswa pasti akan mengalami detik-detik sukar bahkan ada yang terpaksa mengulang semula subjek ketika menuntut di universiti.

Ternyata repeat paper bukanlah suatu perkara yang menyeronokkan malah turut menjadikan tempoh pengajian seseorang itu menjadi lebih lama daripada yang sepatutnya.

Ulang subjek sampai 18 kali

Tidak terkecuali bagi seorang pemuda yang dikenali sebagai Rafiq Izzat turut mengalami situasi yang sama sehingga menyebabkan tempoh pengajiannya lebih lama iaitu selama 11 semester.

Lebih mengejutkan apabila graduan dalam jurusan Undang-Undang UiTM Shah Alam itu terpaksa mengulang mata pelajaran yang berbeza sehingga 18 kali.

Walaupun dia tidak didiagnosiskan sebagai slow learner oleh pihak hospital, lelaki tersebut mengaku bahawa dirinya perlu mengambil masa yang lama untuk memahami sesuatu subjek berbanding orang lain.

Malah, keadaan persekitaran juga turut menjadi punca dia terpaksa menempuh 3 semester tambahan. Dia berasa semakin tertekan apabila terpaksa menghadapi kegagalan satu demi persatu sehingga menyebabkan dirinya ingin merempuh kenderaan bertentangan ketika memandu.

Walau bagaimanapun, dia tidak melakukan perkara tersebut kerana sedar tindakan tersebut hanya perkara yang sia-sia malah tidak menyelesaikan masalahnya.

Oleh itu, Raffiq telah berusaha untuk memahami setiap subjek dengan baik sehinggalah usahanya menemukan kejayaan. Dia akhirnya berjaya menerima segulung ijazah setelah berhempas pulas selama 5 tahun dalam bidang tersebut. Tahniah diucapkan kepada Raffiq!

Sumber: Twitter

 

Continue Reading
Advertisement

Trending