Inspirasi
Pilih Islam Sebagai Agama, Keluarga Korea Muslim Seronok Tinggal di Malaysia

Tidak dapat dinafikan, bertuahnya lahir di Malaysia yang masih aman dan bebas untuk mengamalkan kepercayaan dan agama masing-masing tanpa ada diskriminasi.
Justeru, kerana itulah Malaysia menjadi antara lokasi tumpuan bangsa dari negara luar untuk datang berhijrah dan bermastautin. Sehinggakan ada daripada kalangan mereka, sudah mula jatuh cinta dengan budaya dan adat kita di sini.
Setahun lebih duduk Malaysia
Seperti kisah seorang lelaki dari Korea ini, yang mahu dikenali sebagai Sung-Joon Jeon atau nama Islamnya, Ahmad, yang sudah hampir setahun lebih tinggal di Malaysia.
9 tahun bergelar Islam
Mula memeluk Islam sembilan tahun yang lalu ketika belajar di Ireland, Ahmad memberitahu dia mula minat mahu mendalami Islam selepas melihat gaya hidup rakan-rakan Muslimnya.
Jelas Ahmad, mendalami Islam membuatkan hatinya tersentuh kerana, ia adalah agama yang indah dan merangkumi kesemua aspek dalam kehidupan manusia.
https://www.instagram.com/p/B9WWzXrpuip/
Berkeluarga di Malaysia
Ahmad yang sudah berkahwin dan memiliki dua orang cahaya mata, nampaknya sudah mula membiasakan diri mereka dengan budaya, bahasa dan adat yang dipraktikan oleh Muslim di Malaysia.
https://www.instagram.com/p/B8Q5YfyFGfN/
https://www.instagram.com/p/B4ZyLeFlH8m/
Seronok Malaysia ramai Muslim
Berkongsi pengalaman berpuasa di Malaysia, Ahmad berkata ia berlainan sangat dengan negara lain, kerana dia menyifatkan sambutan di sini agak meriah memandangkan majoriti di Malaysia adalah beragama Islam.
“Antara perkara yang paling seronok adalah saya dikelilingi dengan orang yang berpuasa, memberikan saya satu perasaan yang sangat menyenangkan…”
https://www.instagram.com/p/B3Q6ZatFtBW/
Malah, seronoknya tinggal di Malaysia mengubat rasa rindunya terhadap negara asal. Diharapkan, Ahmad dan keluarga boleh terus merasai keharmonian di negara kita.
Sumber : Have Halal Will Travel & Ahmad

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon12 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi11 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit