Inspirasi
Selepas 18 Hari Dirawat Di Hospital, Gadis Raikan Bebas Covid-19 Macam Konvo

Seorang gadis Indonesia berkongsi momen gembira menerusi aplikasi TikTok apabila dirinya disahkan bebas Covid-19 setelah dijangkiti virus tersebut selama 18 hari.
Pemilik nama Giovanny Eveline Wirahana atau mesra disapa Eveline itu memuat naik beberapa video bersama petugas barisan hadapan yang telah bersusah payah memberi rawatan di hospital.
Kita berjaya!
@cicipelin Officially Sarjana Covid Cuyyy!! Thankyouu all #wismaatletkemayoran #covidsurvivor #pejuangnegatif #fyp
Video berkenaan memaparkan dirinya dan beberapa petugas kesihatan yang melompat kegembiraan kerana berjaya melawan virus tersebut sebelum pulang ke rumah.
Memetik laporan Tribun News, pesakit yang disahkan negatif akan menangkap gambar seperti hari graduasi dan sudah menjadi tradisi buat semua orang yang berada di hospital tersebut.
Terima kasih untuk 18 hari ini
@cicipelin Terimakasih untuk 18 hari yang sangat berharga di hidup saya #wismaatletkemayoran #covidsurvivor #alumnicorona #fyp #pejuangnegatif
Meskipun dia gembira dengan khabar negatif itu tetapi, tetapi Eveline bersedih kerana terpaksa berpisah dengan petugas kesihatan yang menjaganya dengan baik sekali.
Dia juga berharap agar boleh bertemu dengan mereka semua di luar sana apabila pandemik berkenaan sudah mula reda suatu hari nanti.
Video tersebut mendapat lebih empat juta tontonan dan ratusan ribu tanda suka dimana rata-rata netizen turut tumpang sedih dengan momen yang dikongsi.
Diharapkan semua pesakit dan petugas barisan hadapan mendapat kekuatan dalam menjalani kehidupan selain berhadapan dengan pertambahan kes ibarat tiada kesudahan ini.
Sumber: Tribun News & TikTok Eveline

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit