Connect with us

Inspirasi

Segera Beri CPR & Tenangkan Isteri Eriksen, Kapten Denmark Dianggap ‘Hero’

Pemain bolasepak Denmark, Christian Eriksen dilaporkan rebah semasa menentang pasukan Findland ketika aksi Euro 2020 awal pagi tadi.

Hal ini membuatkan para penyokong Denmark di seluruh dunia termasuk juga pasukan lawan berasa panik.

Sedang terima rawatan

Menerusi laporan dari Twitter rasmi Union of European Football Associations (UEFA), Eriksen telah rebah dan mendapat rawatan kecemasan oleh pihak perubatan sebelum dikejarkan ke hospital.

Walau bagaimanapun, kondisi beliau berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan.

Simon kjaer dianggap hero

Disebalik khabar mengejutkan itu, ada satu sosok pemain yang diangkat sebagai ‘hero’ oleh peminat bolasepak apabila segera memberikan bantuan pernafasan (CPR) sejurus mendapati Eriksen rebah.

Kapten pasukan Denmark, Simon Kjaer dilihat bersungguh-sungguh membuat CPR kepada anak buahnya.

Isteri menangis risaukan keadaan

Dia dan penjaga gol, Kasper Schmeichel mendakap pasangan Eriksen bagi menenangkan wanita itu yang menangis melihat keadaan pemain tersebut.

Tindakan pantas beliau telah mendapat pujian dan rata-rata warganet turut sama memberikan kredit kepada kapten pasukan kebangsaan Denmark itu di media sosial.

Perlawanan antara Findland dan Denmark dalam kumpulan B untuk aksi Euro 2020 telah ditangguhkan.

Sumber: Twitter, UEFA

Continue Reading
Advertisement

Trending