Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Terus Atau Ditamatkan? Keputusan Operasi SAR Cari Jaslinda Diketahui Esok

Keputusan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih sejak 24 Mei lalu dijangka diketahui esok sama ada operasi itu akan diteruskan atau ditamatkan setelah dibincangkan dalam mesyuarat khas.

Keputusan operasi SAR diketahui esok

Memetik laporan Berita Harian, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, keputusan berhubung perkara itu akan ditentukan menerusi mesyuarat penyelarasan operasi SAR yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah.

“Mesyuarat berlangsung jam 2 petang ini yang dipengerusikan Pegawai Daerah Batang Padang akan membincangkan status semasa dan perkembangan operasi SAR yang telah dilaksanakan serta tindakan susulan selepas 10 hari operasi digerakkan.
“Ia dijangka selesai jam 3 petang dan sidang media akan diadakan selepas itu,” kata Sabarodzi, hari ini.

Memasuki hari ke-11, operasi SAR berkenaan terus berdepan pelbagai kekangan termasuk keadaan muka bumi yang sukar serta cuaca yang tidak menentu.

Sebelum ini, Jaslinda dipercayai dilihat melalui rakaman kamera pengawasan di laluan pendakian Gunung Batu Putih pada hari pertama kehilangan, ketika bergerak ke arah Kem Sukaneka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi memperluaskan pencarian, seramai 22 Orang Asli dari Kampung Orang Asli (KOA) Ampang Woh turut digerakkan. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk menumpukan pencarian di kawasan luar trek utama antara Kem Sukaneka dan Gunung Rayu.

Dalam perkembangan berkaitan, operasi udara yang dijalankan bagi membantu misi SAR turut berdepan cabaran tersendiri termasuk kehadiran awan tebal berkelompok, tiupan angin kuat serta ruang udara yang terhad akibat dikelilingi pokok-pokok tinggi dan padat.

Artikel lain: SAR Jaslinda: Komuniti Orang Asli Sedia Bantu – “Kalau Jumpa Sungai Besar, Pasti Jumpa Kampung Kami”

Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd Hasrizal Kamaruzzaman dilaporkan berkata, operasi menggunakan helikopter MI-17 milik Pangkalan Udara Wilayah Tengah JBPM kelmarin melibatkan kaedah ‘winching’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut beliau, proses menurunkan dan membawa naik anggota penyelamat menggunakan kabel itu membabitkan keseluruhan 32 anggota pasukan penyelamat yang ditempatkan di kawasan Kem Sukaneka

Sumber: Berita Harian (Mahani Ishak)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Lotus’s Malaysia memulakan siasatan menyeluruh bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung insiden membabitkan seorang wanita mengandung yang didakwa dituduh mencuri di sebuah pasar raya Lotus’s...

Nasional

Masa depan kewangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus menjadi keutamaan apabila Kementerian Pertahanan (MINDEF) memberi penekanan terhadap usaha memperkukuh prestasi Lembaga Tabung Angkatan...

Lokal

Kerajaan Johor menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap operasi Network School di Forest City susulan kebimbangan orang ramai, termasuk dakwaan terdapat warga Israel...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd