Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Didakwa Simbah Kuah Panas Ke Rider E-Hailing, Pekerja Kedai Serbaneka Digantung Tugas

Seorang pekerja FamilyMart yang didakwa menyimbah sup ke arah seorang penghantar makanan telah digantung tugas sementara menunggu siasatan dalaman dijalankan oleh pihak syarikat.

Syarikat pandang serius insiden

Memetik laporan daripada FMT, rangkaian kedai serbaneka itu memaklumkan pihaknya memandang serius insiden berkenaan dan sedang menjalankan siasatan segera terhadap kejadian yang tular di media sosial.

“Kami sedang menyiasat kejadian itu dengan segera dan pekerja yang didakwa terbabit telah digantung tugas,” kata FamilyMart Malaysia.
“FamilyMart tidak bertolak ansur terhadap sebarang perlakuan biadab, tidak selamat atau tidak menghormati sesiapa di premis kami,” ujarnya.

Siasatan sedang dijalankan

Menurut syarikat itu lagi, semua pihak diminta bersabar sementara siasatan dijalankan dan tindakan lanjut akan diambil sekiranya perlu.

Terdahulu, video berdurasi 23 saat yang tular memaparkan insiden pertengkaran antara penghantar makanan dan pekerja di sebuah cawangan dipercayai di The Core, Kota Damansara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penghantar makanan terbabit mendakwa insiden tercetus selepas dia bertanya mengenai pesanan sebelum pekerja berkenaan bertindak kasar dan menyimbah sup ke arahnya.

Sumber: FMT (Elill Easwaran)

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian seorang remaja lelaki dalam kemalangan yang...

Sosial

Sebuah kedai scones popular di Cameron Highlands menjadi perhatian ramai selepas tular beberapa tangkap layar di platform Threads yang didakwa melibatkan interaksi akaun media...

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Dunia

Polis kini sedang mengesan anak kepada seorang wanita berusia 63 tahun yang ditahan di Nigeria selepas dipercayai cuba menyeludup 31 kilogram (kg) dadah jenis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd