Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Prabowo Jadi Perhatian Lagi, Mahu Bahasa Portugis Diajar Di Sekolah Indonesia

Presiden Republik Indonesia, Prabowo Subianto, sekali lagi menegaskan kepentingan penguasaan bahasa asing dalam kalangan pelajar apabila beliau mencadangkan agar Bahasa Perancis turut diajarkan di sekolah-sekolah di Indonesia.

Bahasa Portugis diajar di sekolah

Memetik laporan media Indonesia, perkara itu dinyatakan ketika mengadakan pertemuan bersama Presiden Perancis, Emmanuel Macron, di Istana Élysée, Paris.

Dalam pertemuan tersebut, Prabowo memaklumkan bahawa beliau telah mengeluarkan arahan kepada institusi pendidikan di Indonesia untuk memperkukuh pembelajaran Bahasa Perancis.

“Sekarang, saya sudah instruksikan bahwa semua tingkatan sekolah-sekolah Indonesia harus belajar Bahasa Perancis, melihat perkembangan dunia ke depan,” ujar Prabowo.

Beliau menjelaskan bahawa langkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha strategik untuk memperkukuh hubungan dua hala antara Indonesia dan Perancis pada masa hadapan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, kerjasama kedua-dua negara kini berada pada tahap yang sangat baik dan semakin berkembang dalam pelbagai sektor penting.

Prabowo turut menegaskan bahawa hubungan rapat tersebut merangkumi pelbagai bidang termasuk pertahanan, pendidikan, sains dan teknologi, serta pelaburan. Beliau berpandangan perkembangan positif ini banyak dipengaruhi oleh sokongan kepimpinan Presiden Emmanuel Macron.

“Dalam beberapa hal, Indonesia dan Prancis memiliki sikap yang sama dan saat ini hubungan bilateral kita sangat baik, ini tidak lain adalah karena dukungan langsung dari Presiden Macron,” katanya.

Langkah memperkenalkan bahasa asing dalam sistem pendidikan bukanlah perkara baharu di bawah pentadbiran Prabowo. Sebelum ini, pada 23 Oktober 2025, beliau telah mengarahkan agar Bahasa Portugis dijadikan salah satu mata pelajaran di sekolah-sekolah Indonesia.

Pengumuman itu dibuat ketika beliau menerima kunjungan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva, di Istana Kepresidenan Jakarta. Dalam ucapan tersebut, Prabowo menekankan kepentingan hubungan erat antara kedua-dua negara sebagai asas kepada keputusan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sebagai bukti bahwa kami memandang Brazil sangat penting, saya telah memutuskan bahwa bahasa Portugis akan menjadi salah satu keutamaan bahasa disiplin pendidikan Indonesia,” ujar beliau.

Prabowo turut menjelaskan bahawa Bahasa Portugis kini diletakkan sebaris dengan bahasa asing lain yang sudah sedia diajar di sekolah seperti Bahasa Inggeris, Arab, Mandarin, Jepun, Korea, Perancis, Jerman dan Rusia.

“Selain bahasa Inggris, bahasa Arab, bahasa Mandarin, bahasa Jepang, bahasa Korea, Perancis, Jerman, dan Rusia, bahasa Portugis menjadi bahasa prioritas bagi kita,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Rupiah Jatuh Ke Paras Terendah, Prabowo Kata Yang ‘Pening’ Golongan Usahawan

Beliau juga menyatakan bahawa arahan lanjut akan diberikan kepada Menteri Pendidikan Tinggi serta Menteri Pendidikan Dasar dan Menengah untuk memastikan pelaksanaan pengajaran Bahasa Portugis di sekolah berjalan lancar.

Sumber: KOMPAS.com (Adhyasta Dirgantara, Ardito Ramadhan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Impian beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026 tidak kesampaian selepas tewas kepada...

Sukan

Kerajaan Negeri Johor mengumumkan hari Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala...

Lokal

Jambatan terpanjang merentasi sungai di negara ini telah dibuka secara rasmi hari ini, sekali gus menjadi mercu tanda baharu pembangunan infrastruktur di Sarawak. Jambatan...

Sosial

Pendakwah muda, Ustaz Muhammad Abdullah, 33, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mad Kecik (UMK), selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Nor Suhada Mohd Azam, 26,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd